| Universiti Putra Malaysia

Keluarga pendorong kejayaan graduan program sulung UPM

Oleh Jerrywesly Senaja
Pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan, SPE

SERDANG, 19 Mac - “Jika anda hilang arah, bersandarlah kepada keluarga tercinta,” itulah kata-kata yang dipegang oleh Mohamed Azli Mohamed Lazim, graduan program sulung Master Reka Bentuk Bandar Tropika pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Kali Ke-45.

Mohamed Azli, 47, berkata, musibah jangkitan COVID-19 yang menimpanya menyebabkan beliau hilang tumpuan semasa menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah sehingga beliau pernah meminta penangguhan bagi pembentangan dan penghantaran tugasan.

Menurut beliau, semua ahli keluarga terdekatnya termasuk isteri dan anak-anak telah dijangkiti COVID-19 pada bulan Januari 2021 dan perkara itu telah menyebabkan beliau mengambil alih kerja-kerja dirumah memandangkan isterinya yang belum sihat.

“Bagi saya keluarga merupakan pendorong kepada beliau untuk terus kuat menghadapi cabaran sehingga berjaya mendapatkan segulung ijazah sarjana pada hari ini,” katanya.

Kini, beliau yang juga merupakan seorang pemegang gelaran Technologist (Ts) daripada Malaysian Board of Technologist (MBOT) merancang untuk menyambung pengajian di peringkat PhD.  - UPM

WXDdHAT~