| Universiti Putra Malaysia

Kekurangan diri jadi kekuatan Mohammad Izzamuddin lanjutkan pengajian

Oleh: Noor Eszereen Juferi

SERDANG, 11 Jan – Kekurangan diri tidak menghalang graduan Dilploma Pertanian, Mohammad Izzamuddin Azuddin, 22, pada Majlis Konvokesyen UPM ke-44 Tahun 2022 di sini.

Beliau kehilangan kaki kanan beliau akibat dilanggar lori yang terbabas pada tahun 2013 semasa beliau menunggu bas untuk pulang ke kediamannya.

Katanya, akibat daripada kemalangan itu, beliau perlu mendapatkan rawatan selama sebulan dan kemudiannya apabila mula persekolahan, beliau kemudiannya menjalankan rawatan rehabitasi selepas waktu sekolah.

Mohammad Izzamuddin berkata, inspirasinya untuk teruskan belajar adalah disebabkan dorongan keluarga dan juga guru kelas beliau ketika itu yang memberi motivasi untuk tidak berputus asa dalam hidup akibat kecacatan beliau.

“Pada mulanya saya sebenarnya hampir berputus asa dan tidak mahu belajar tetapi oleh kerana dorongan guru kelas saya telah memberi kata semangat dan bertekad untuk menjadi seorang guru juga,” katanya.

Beliau yang berasal dari Perak merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik berkata beliau pada mulanya berasa susah untuk menyesuaikan diri kerana risau dengan penerimaan guru dan rakan-rakan sekolah ketika itu.

“Alhamdulillah saya bersyukur guru dan rakan-rakan sekolah sangat membantu serta menerima keadaan saya di samping mereka memberi semangat untuk saya terus maju kehadapan dan tidak berputus asa,” katanya.

Beliau turut memberi kata-kata perangsang kepada pelajar UPM agar  jangan putus asa, kena rajin belajar dan sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang kita ada

“Walaupun macam contoh anda seorang OKU dan mempunyai kekurangan, anggap ianya satu rezeki kerana mungkin orang lain tidak merasa apa yang kita rasa tetapi ianya yang mnguatkan diri kita,” katanya.

Beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam Bacelor Pendidikan Sains Pertanian, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP). – UPM

WXDdTA~