| Universiti Putra Malaysia

Johnathan, Norliyana dinobat Olahragawan, Olahragawati UPM 2017

Oleh: Amin Mustafha

 

BANGI, 11 Mei  - Atlet negara, Johnathan Wong Guanjie (menembak) dan Norliyana Kamaruddin (olahraga) masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragwati Universiti Putra Malaysia (UPM) 2017 pada Majlis Anugerah Sukan UPM ke-34/2018.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM2000, jam tangan, jaket, sijil penghargaan, piala iringan, piala pusingan dan tajaan percutian “Let’s Play ke Pulau Perhentian” serta baju-t sukan tajaan Warrix.

Anugerah Bintang Harapan Lelaki dan Anugerah Bintang Harapan Wanita pula dimenangi masing-masing oleh Muhammad Fitri Abdullah (ragbi) dan Heng Kor Jin (renang). Mereka menerima wang tunai RM1000, jam tangan, sijil penghargaan dan piala iringan serta baju-t sukan tajaan Warrix.

Majlis penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, di sini.

 

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM, Prof. Dr. Roslan Sulaiman; Ketua Pusat Sukan UPM, Dr. Hanafiah Ayub; Pendaftar UPM, Dato’ Wan Azman Wan Omar; dan Naib Canselor  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran

 

Sementara itu, UPM menganugerahkan 135 orang atlet untuk Anugerah Emas, 51 orang Anugerah Perak, 17 orang Setia Bakti dan 19 orang Penghargaan Khas. Antara penerima Penghargaaan Khas ialah atlet negara Cheong Jun Hoong, Leong Mun Yee, Tracie Ang dan Muhammad Hakimi Ismail. - UPM

 

SXETOAX~