| Universiti Putra Malaysia

JARAK BUKAN PENGHALANG UNTUK MENGGENGGAM PH.D DOKTOR PERUBATAN AWAM

Oleh: Faruq Irsyad Razali
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia

SERDANG, 19 MAC – “Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana saya telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang doktor kesihatan awam pada hari ini”.

Demikianlah kata-kata Dr. Mohd Tariq bin Mohd Noor, 37, apabila ditanya mengenai perasaannya pada hari ini setelah menerima skrol Doktor Perubatan Kesihatan Awam pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-45, hari ini.

Ditanya mengapa perlunya menyambung pengajian sehingga peringkat master dan PhD, beliau menjelaskan bahawa semakin tinggi peringkat pengajian, semakin beliau sedar bahawa kurangnya ilmu yang dimiliki. “Apabila ilmu yang dimiliki bertambah, kita dapat membantu orang lain yang memerlukan” ujar beliau yang turut berkhidmat di Pejabat Kesihatan Daerah Tawau.

Beliau sangat berbangga dapat menamatkan pengajian secara ‘on-time’ dalam tempoh masa 3 tahun sama seperti beliau menghabiskan pengajian Master disini beberapa tahun lalu. Kejayaan ini turut dikongsi bersama isteri beliau yang turut menerima ijazah Master Perubatan Patologi minggu hadapan.

Merupakan sorang family-man, beliau turut menyatakan bahawa komitmen yang utama perlulah diberikan kepada keluarga kerana mereka merupakan tunjang dalam menghadapi susah dan senang.

“Cabaran yang saya hadapi sepanjang pengajian adalah apabila saya perlu menjaga 4 orang anak dan dalam masa yang sama perlu membahagikan masa antara kerja dan juga pelajaran”, ujar beliau.

Tips belajar yang dikongsi oleh anak jati negeri Selangor ini menyatakan, sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai komitmen seperti sudah berkeluarga atau bekerja, perlulah sentiasa fokus dan mempunyai ‘support system’.

“Saya juga amat berterima kasih kepada para pensayarah yang sangan memahami, serta sokongan rakan-rakan sepanjang pengajian saya”.

“Di mana pun kita berada, kita perlulah menghargai semua yang ada. Kita perlulah menjadi benih yang bermanfaat kepada masyarakat. Kita juga perlulah melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T” – merupakan pesanan graduan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan kepada para pelajar UPM secara amnya. - UPM

WXEbKAQ~