| Universiti Putra Malaysia

ITMA bantu perkasa sains dan teknologi pelajar SMK Batu 8, Puchong

SERDANG, 24 Sept – Makmal Sintesis dan Pencirian Bahan (MSCL), Institut Teknologi Maju (ITMA), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pemindahan Ilmu: Memperkasakan Ilmu Sains dan Teknologi Pelajar Aliran Sains Peringkat STPM SMK Batu 8, Puchong (SMKBP).

Ia disertai 32 pelajar dan empat guru pengiring sekolah itu. Program memberi fokus kepada empat subjek teras utama aliran Sains iaitu Matematik, Kimia, Fizik dan Biologi dan dikendalikan oleh pensyarah dan fasilitator daripada ITMA, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan.

Ia dirasmikan Pengarah ITMA, Prof. Madya Dr. Mohd Nizar Hamidon, dan diikuti majlis pertukaran sijil jalinan kerjasama antara ITMA dan SMKBP.

Sesi motivasi bertajuk “Expressive Art Therapy: My Future Self Portrait” disampaikan pakar daripada Pejabat Pendaftar, dikuti ceramah bagi subjek Matematik iaitu “Mathematics: What’s Next?”

Pada sesi petang di Fakulti Sains, pelajar melakukan sendiri eksperimen lanjutan bagi subjek Kimia, Fizik dan Biologi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah “Magnetic Slime”, “Fun with Light”, “High Temperature Superconductor System”, “Zebrafish: Exploring Embryogenesis”, “Baby Cow Beauty Journey & Chicken Egg: How Good is Good”, “Rainbow Within” dan “Stress and Chlorophyll in Different Plants”.

Selain menjalankan eksperimen, pelajar turut dibawa melawat ke sekitar makmal dan didedahkan dengan suasana pelajar pasca siswazah.

Antara pakar yang terlibat dalam program ini ialah Siti Fatimah Abdul Ghani, Dr. Chen Chuei Yee, Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee, Prof. Madya Dr. Thahira Begum, Dr. Zuraidah Zan, Prof. Madya Dr. Suriati Paiman, Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik, Prof. Madya Dr. Raba’ah Syahidah Azis, Dr. Wan Norhamidah Wan Ibrahim, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Dr. Bokhary Zainal dan Dr. Mohd Hafiz Ibrahim.

Acara penutup diadakan di Bilik Saintis Gemilang, Fakulti Sains, UPM dengan ucapan pengerusi program, Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee dan wakil guru pengiring, Yu Guk Ting. - UPM

SXDcSAn~