| Universiti Putra Malaysia

IMPIAN SUAMI ISTERI UNTUK MENJADI GRADUAN BERSAMA TERCAPAI

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Bachelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM

SERDANG, 23 Mac – Pasangan suami isteri, Mohd Shahrul Nizwanshah dan Tuan Syaripah Najihah berjaya bersama-bersama bergraduat pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45 hari ini.

Pasangan itu yang telah lima tahun berkahwin merupakan anak peneroka terharu akhirnya dapat menamatkan pengajian mereka di UPM kerana pelbagai cabaran yang perlu mereka hadapi untuk berada di atas pentas konvokesyen.

Mohd Shahrul Nizwanshah berkata, pengalaman belajar setiap pelajar berbeza termasuk dirinya kerana beliau menghabiskan masa di makmal dan bekerja dengan bahan-bahan molekular.

“Berbeza dengan isterinya yang banyak menghabiskan masanya di ladang dan segala usaha beliau telah melayakkan beliau untuk mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti Sains bagi 2021,” katanya.

Beliau kini sedang memfokuskan diri untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik selepas menamatkan pelajaran dalam bidang Master Sains (Bioteknologi Tumbuhan) di bawah Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan (ITAFOS).

Selain itu, Tuan Syaripah Najihah,31, berjaya graduate on time dalam bidang PhD Teknologi Pertanian dan kini bertugas sebagai pensyarah di  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

“Saya bersyukur mempunyai pasangan yang memahami susah senang sewaktu belajar,” katanya.

Pasangan suami isteri itu turut kongsikan tips kepada pejar UPM yang sedang berjuang dalam pengajian iaitu perlu tetapkan matlamat yang jelas serta mempunyai motivasi yang tinggi dan hargai sokongan dari orang yang terdekat. -UPM

SXEZIAl~