| Universiti Putra Malaysia

Hutan Simpan Nirwana tapak pembelajaran, penyelidikan dan Kem Perhutanan Rimbawan

Oleh : Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Muhammad Izrul Abdul Jabar 
 
 
Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Inikan pula tempat bermain.
 
Begitulah rangkap puisi yang dapat digambarkan oleh alumni Diploma Perhutanan dan Bacelor Sains Perhutanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) apabila menyebut nama Hutan Simpan Nirwana.
 
Masing-masing mempunyai kisah tersendiri yang disimpan sebagai satu kenangan di tempat ini. 
 
Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB, Dr Zamri Rosli berkata Hutan Simpan Nirwana UPMKB ini dijadikan sebagai tapak pembelajaran mereka, penyelidikan dan Kem Perhutanan Rimbawan.
 
 
"Tempoh dua minggu diberikan kepada pelajar Diploma Perhutanan manakala tiga minggu buat Bacelor Sains Perhutanan melakukan Kem Perhutanan di sini sebagai orentasi.
 
"Tujuannya adalah sebagai pembelajaran kelangsungan hidup, amali dan perkemahan. Apabila mereka menyertai kem hutan ini, para pelajar juga tidak akan masak menggunakan gas namun mereka perlu menggunakan dapur kayu dengan menggutip dan mencari kayu yang telah mati," katanya. 
 
 
Dalam pada itu, Hutan Simpan Nirwana UPMKB ini turut dibuka kepada orang awam sebagai tempat berekreasi dan menjejak hutan. - UPM

WXEZSAR~