| Universiti Putra Malaysia

HASRAT AYAH PENDORONG GRADUAN MENAMATKAN PENGAJIAN MASTER

Oleh Jerrywesly bin Senaja,
Pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan, SPE

SERDANG, 24 Mac - Hasrat ayah kepada Irane Wiguna binti Idral untuk menyambung pelajaran diperingkat sarjana pada 10 tahun yang lalu menjadi kenyataan apabila Irane Wiguna berjaya bergraduat dalam bidang Master in Human Resource Development pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali yang ke-45.

Walau bagaimana pun, ayah kepada Irane Wiguna telah meninggal dunia semasa semester kedua pengajian beliau di Universiti Putra Malaysia. Menurut Irane Wiguna, 35, kisah sedih ini menyebabkan beliau hilang semangat untuk meneruskan pengajian.

Namun begitu, atas nasihat dan dorongan keluarga, Irane Wiguna berjaya bangkit semula pada semester 3 dan 4 pengajian sehingga beliau berjaya menamatkan pengajian sarjananya tepat pada masanya.

Berkongsi perancangan masa depan, Irane Wiguna, 35, berkata, beliau berhasrat untuk menumpukan kepada kerjaya dan keluarga dahulu sebelum menyambung pelajaran di peringkat Doktor Falsafah. Dalam pada itu, Irane Wiguna berpesan kepada mahasiswa dan mahasiswi supaya meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Irane Wiguna bertugas di Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi semasa melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

SXEZCAU~