Graduan Kejuruteraan Sivil UPM Terima UEM Medal Awards 2018 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Graduan Kejuruteraan Sivil UPM terima UEM Medal Awards 2018

Graduan Kejuruteraan Sivil UPM terima UEM Medal Awards 2018

Oleh Norizzaida Ahmad

 

KUALA LUMPUR, 16 Januari  – Graduan Bacelor Kejuruteraan Awam tahun 2018, Universiti Putra Malaysia (UPM) Muhammad Khairul Faiz  Mohd Shafri terpilih menerima UEM Medal Awards 2018 kategori kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan.

Khairul terpilih berdasarkan kecemerlangan dalam penilaian projek tahun akhir, penilaian  sesi temuduga oleh  UEM serta pencapaian dan penglibatan pelajar dalam bidang kurikulum sepanjang pengajian di UPM.

Anugerah tajaan Yayasan UEM itu mengiktiraf tujuh graduan dari universiti awam berdasarkan prestasi cemerlang mereka dalam pelbagai bidang pengajian. Setiap graduan menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan sijil UEM.

Selain bidang kejuruteraan, bidang lain ialah Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan Sains.

Majlis penyampaian hadiah oleh Pengerusi UEM Group, Datuk Noorazman Abd Aziz di sini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Dr. Nor Kamariah Nordin, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam UPM, Prof. Madya. Ir. Dr. Raizal Sailfulnaz Muhammad Rashid dan penyelia projek pelajar tersebut, Dr.Aidi Hizami Ales@Alias.

Info lanjut layari https://web.facebook.com/admin.civil.eng.upm/ - UPM

Tarikh Input: 28/01/2019 | Kemaskini: 28/01/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566319702