| Universiti Putra Malaysia

FPV UPM anjur Majlis Perasmian dan Makan Malam Apresiasi Industri program VAIC 2022

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto oleh: Md Nasir Hussin

 

SERDANG, 27 Ogos - Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya menganjurkan Majlis Perasmian dan Makan Malam Apresiasi Industri Program 1st Veterinary Academia Industry Convention 2022 (VAIC 2022) of Faculty of Veterinary Medicine, UPM dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Program itu bagi menyediakan ruang bagi perbincangan mengenai isu berkaitan veterinar serta meningkatkan kesedaran pemegang taruh dalam bidang tersebut.

Ahli Lembaga Pengarah Universiti, UPM, Dato’ Sri Jailani Johari berkata program itu berteraskan bidang ilmu veterinar membuka ruang pertemuan serta perbincangan kepada semua pihak dalam mencari penyelesaian dan penemuan baharu dalam perkembangan bidang veterinar.

“Proses translasi penyelidikan dan pemindagan ilmu antara ahli akademik dan pihak industri memastikan inovasi serta dapatan penyelidikan yang terhasil menjadi lebih signifikan sejajar dengan perkembangan teknologi terkini,” katanya.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM berkata program berpaksikan industri ini adalah sejajar dengan hasrat Pelan Strategik UPM 2021-2025, transformasi pengendalian pertanian merangkumi bidang veterinar perlu sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.

“Sebagai universiti perintis dalam bidang veterinar program ini menyediakan medium baharu bagi memangkin usaha ini dalam kalangan pihak kepentingan,” katanya.

Pengerusi VAIC 2022, Prof. Gs. Ts. Dr. Faez Firdaus Jesse Abdullah berkata program itu menjadi medan pertemuan 370 peserta di kalangan ahli akademik, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pihak industri dalam bidang veterinar.

“Konvensyen dua hari ini bukan sahaja menampilkan pembentang ucaptama dan plenari dari pakar-pakar unggul dalam bidang veterinar tetapi turut mengetengahkan pembentang di kalangan ahli akademik, penyelidik dan saintis muda daripada UPM dan UM.

“Ini adalah untuk berkongsi penemuan penyelidikan merangkumi kajian kes dalam produksi haiwan, haiwan kesayangan, kajian kes klinikal veterinar, kesihatan awam dan penyakit zoonotik,” katanya.

Sementara itu, penyampaian anugerah penghargaan kepada penaja FPV, UPM dan UMK diadakan sebagai tanda apresiasi pihak fakulti kepada pihak indutri yang telah banyak menyumbag serta menyokong fakulti dalam menjayakan agenda kecemerlangan pelajar. - UPM

SXEUQAL~