| Universiti Putra Malaysia

Dua pensyarah UPM menang Anugerah Akademik Negara

Oleh Syifarida Zaki 

                                         

 

PUTRAJAYA, 3 Nov - Dua pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd Yusof Saari dan Prof. Madya Dr. Lim Hong Ngee memenangi anugerah pada majlis  Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-10, malam ini.

Dr. Mohd Yusof dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menerima Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang Sains Sosial dan Sastera), manakala Prof. Madya Dr. Lim dari Fakulti Sains menerima Anugerah.Ahli Akademik Harapan.

Mereka adalah antara lapan orang daripada universiti awam yang menerima anugerah dalam pelbagai kategori pada majlis  AAN ke-10. Anugerah disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pemenang anugerah bagi setiap kategori menerima RM50,000, piala dan sijil, manakala Tokoh Akademik Negara membawa pulang wang tunai RM200,000, piala dan sijil.

AAN adalah anugerah berprestij bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli akademik yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam pelbagai bidang.

Ia memberi pengiktirafan bukan sahaja dalam aspek pengajaran dan penyelidikan tetapi juga meliputi peranan institusi pendidikan tinggi berkaitan sumbangan akademik kepada pembangunan negara dan masyarakat. – UPM

SXEZIA7~