| Universiti Putra Malaysia

Dua atlet negara berjaya genggam ijazah

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin dan Nazrul Rapail

SERDANG, 21 Mac- Dua atlet negara yang melanjutkan ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM) akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah walaupun terpaksa membahagi waktu kepada pelajaran dan juga sukan yang disertai.

Tekong terbaik Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022, Meor Zulfikar Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin, mengakui agar sukar untuknya menggenggam segulung ijazah kerana perlu membuat penangguhan dan tidak dapat bergraduasi tepat pada waktunya seperti rakan-rakan lain.

“Pada Sukan Sea 2017, saya terpaksa tangguh satu semester demi perlawanan takraw saya ketika itu. Sedih sangat sebab terpaksa, tetapi ini adalah tanggungjawab saya untuk mengharumkan nama negara.

“Akhirnya saya berjaya genggam ijazah dan memberi sumbangan kepada negara kita pada Sukan Sea 2017 dengan menyumbangkan emas. Bukan itu sahaja, untuk UPM juga saya sumbangkan emas pada sukan IPT dan MASUM 3 tahun berturut-turut UPM menjadi juara,” katanya.

Meor Zulfikar, graduan Bacelor Komunikasi berkata, kecemerlangan seseorang dalam sebuah bidang itu hanya dengan usaha.

Bagi Kannathasan a/l Subramaniam atlet olahraga dan juga graduan Bacelor Komunikasi berkata, kerjaya dalam pendidikan dan sukan amat cerah.

“Atur masa dengan betul semasa belajar di UPM agar anda boleh menggenggam ijazah tepat pada waktunya.

“UPM membantu pelajar dengan membenarkan mengatur masa dengan baik dan ianya akan dibantu oleh Penasihat Akademik untuk menyelaraskan jadual belajar dan latihan,” katanya. - UPM

SXDdAAp~