| Universiti Putra Malaysia

Dr Thinagaran terima anugerah ‘Venus International Faculty Awards’

Oleh Azman Zakaria

Foto Noor Azreen Awang

 

SERDANG - Pensyarah kanan Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Thinagaran a/l Perumal menerima anugerah kecemerlangan akademik “Venus International Faculty Awards (VIFA) 2017, di Chennai, India, baru-baru ini.

Anugerah tahunan oleh VIFA dengan kerjasama Centre for Advanced Research and Design (CARD) India itu adalah sebagai pengiktirafan untuk golongan akademik di awal karier mereka.

Dr Thinagaran memenangi anugerah bagi kategori “Outstanding Faculty Award” yang disampaikan pada persidangan tahunan “3rd Contemporary Academic Meet-CAM 2017” pada 8 Julai lalu.

Beliau menerima sijil, medal dan momento yang disampaikan Prof. Dr Deborah Andrews dari London South Bank University. Turut hadir Prof Sekhar dari Indian Institute of Technology, Madras dan pengerusi Venus International Faculty, Dr R. Sathishkumar

Dr Thinagaran berkata, beliau berasa terharu dan pada masa yang sama gembira serta bersyukur kerana secara langsung UPM mendapat menerima pengiktirafan antarabangsa.

“Anugerah ini memberi semangat dan motivasi untuk saya terus maju serta membantu saya mengukuhkan lagi penyelidikan,” katanya dalam temu bual di sini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengurusan UPM, fakulti dan ketua jabatan, Dr Thinagaran berharap akan dapat menyokong dan membantu visi dan misi dalam terus melonjakkan lagi martabat UPM sebagai universiti antarabangsa yang unggul. - UPM

SXDcVAK~