| Universiti Putra Malaysia

Diri rumah tangga, jual kerepek masa belajar

Oleh: Nazrul Rapail

SERDANG, 12 Jan – Mendirikan rumah tangga ketika menuntut, seterusnya menguruskan keluarga dan anak tatkala masih dalam pengajian membuatkan Amirah Othman perlu mengetepikan rasa letih, dan meningkatkan lagi komitmen untuk berjaya dalam akademik.

Amirah, 27, dari Perlis juga berniaga kerepek dan brownies untuk menambah pendapatan kerana tidak mendapat tajaan pembelajaran daripada mana-mana pihak.

Beliau yang kini menetap di Jengka, Pahang menerima ijazah Bacelor Sains Pertanian, pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-44 di sini hari ini.

Amira yang mendirikan rumah tangga semasa Semester 4 pengajian dan kini mempunyai seorang anak berkata, meskipun berkeluarga ketika masih dalam pengajian, beliau tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak berjaya memperoleh ijazah, sebaliknya ia dijadikan pencetus semangat baginya.

Sepanjang pengajian, beliau juga terpaksa berulang-alik dari Jengka ke UPM.

“Di sebalik kejayaan bergelar graduan pada hari ini, ada orang tersayang yang sentiasa memberi sokongan. Anak saya juga menjadi pembakar semangat,” katanya. - UPM

WXEUPAu~