| Universiti Putra Malaysia

Buku Penerbit UPM raih Anugerah Buku Negara 2019

 

Oleh: Nor Azila Azmi

 

KUALA LUMPUR, 1 April - Buku Pembangunan Kontemporari Orang Asli oleh Prof. Madya Dr. Sarjit S. Gill dan Dr. Mohd Roslan Rosnon (Editor) dari Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diterbitkan Penerbit UPM meraih anugerah Buku Umum Terbaik (kategori Komuniti/Kemasyarakatan) pada majlis Anugerah Buku Negara 2019.

Mereka menerima plak dan sijil yang disampaikan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad pada Majlis Anugerah Buku Negara 2019, di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Penerbit UPM, Kamariah Mohd Saidin.

Anugerah Buku Negara dianjurkan Yayasan Pembangunan Buku Negara setiap tahun. Ia bagi mengiktiraf dan menghargai warga penulis tanah air serta memberikan suntikan dan galakan kepada penulis, penerbit, editor buku dan pereka di seluruh negara.

Buku Pembangunan Kontemporari Orang Asli berharga RM48 boleh didapati di Penerbit UPM atau pembelian secara online di URL www.upmpress.com.my. Pembelian juga boleh dibuat di Reruai MAPIM, Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 dari 29 Mac hingga 7 April 2019. - UPM

WXEYJAT~