| Universiti Putra Malaysia

Biorefinery UPM terima lawatan pendidikan oleh YSFHS Japan

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
 
 
SERDANG, 18 Jan - Kompleks Biorefinery Universiti Putra Malysia (UPM), Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) telah menerima kunjungan lawatan pendidikan oleh Yokohama Science Frontier High School (YSFHS), Japan baru-baru ini dalam usaha membuat kerjasama penyelidikan. 
 
Menerusi lawatan ini, 18 pelajar dan dua  guru dari YSFHS mengadakan telah membuat perkongsian ilmu serta cadangan penyelidikan bersama enam pelajar pascasiswazah, seorang pasca doktoral dan tiga pensyarah dari UPM.
 
YSFHS melibatkan UPM untuk meluaskan pendedahan kepada pelajar terhadap budaya penyelidikan sejak di bangku sekolah dan pertemuan ini juga menjalin kerjasama jangka panjang antara dua institusi ini.
 
Sesi pertemuan yang bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pukul 4 petang itu mendedahkan pelajar kedua-dua institusi berkenaan kepakaran penyelidikan, kemudahan dan perbincangan budaya.
 
Delegasi YSFHS juga dibawa melawat sekitar kawasan UPM, di mana mereka menikmati pemandangan UPM, serta mempelajari kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di sini. -UPM

SXDdQAj~