| Universiti Putra Malaysia

Atlet UPM cemerlang di AUG 2012

Oleh Muhamad Najkhan Mazlan



VIENTINE, 31 Dec –
Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) membuktikan kecemerlangan mereka dengan mendominasi pungutan pingat pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2012 dengan meraih 28 emas, 22 perak dan 13 gangsa.

Jumlah itu mewakili 35 peratus daripada jumlah keseluruhan pingat yang dikumpul oleh kontinjen negara iaitu 60 emas, 48 perak dan 72 gangsa.

Kejayaan itu meletakkan UPM sebagai penyumbang terbesar pingat negara pada AUG edisi kali ini yang menyaksikan Malaysia sebagai juara keseluruhan kejohanan.

Acara renang dan memanah menjadi penyumbang pingat emas terbanyak kepada skuad UPM masing-masing menyumbang enam pingat.

 



Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Kevin Yeap Soon Choy mengetuai senarai apabila bergaya mengutip lima emas, satu perak dan satu gangsa dengan emas diperoleh bagi kategori 1500m, 800m dan 200m gaya bebas individu serta 400m dan 100m gaya bebas berkumpulan.

“Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan prestasi saya walaupun target saya untuk memenangi emas dalam semua acara tidak kesampaian,” katanya.

Mengekori rapat ialah Chu Lai Kwan, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan menyumbang tiga emas dalam acara gaya bebas 50m individu serta acara bebas 400m dan 100m berganti-ganti.

Aksi bertaraf dunia Leong Mun Yee mencuri tumpuan penonton di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional Vientine apabila mudah memenangi emas dalam acara kegemarannya iaitu 1m papan anjal menewaskan rakannya Cheong Jun Hoong dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) di tempat kedua.

Mun Yee sekali lagi menepati ramalan dengan membuktikan penguasaannya dalam acara platform 10m dengan catatan cemerlang 281.70 menewaskan pesaingnya dari Indonesia di tempat kedua  dan Filipina ketiga.

“Walaupun ramai yang meramal saya menjuarai kedua-dua acara tapi bagi saya saingan kali ini agak mencabar,” katanya yang pernah beraksi di Sukan Olimpik.

Sementara itu, skuad memanah negara yang dibarisi oleh pemanah berpengalaman di pentas antarabangsa cemerlang dalam kedua-dua acara compound dan recurve individu dan berkumpulan.



Atlet memanah negara Saritha Cham Nong dari Fakulti Ekologi Manusia gah dengan pungutan dua pingat emas dalam acara compound individu dan berkumpulan. Pada perebutan emas acara compound individu, Saritha lebih unggul mengutip 140 mata mengatasi rakan senegaranya yang mengumpul 131 mata.

“Cukup gembira dapat menghadiahkan emas kepada negara tetapi saya terpaksa menentang rakan sepasukan sendiri apatah lagi mereka lebih berpengalaman daripada saya,” kata Saritha.

Turut beraksi cemerlang ialah Mohd Firdaus Isa,  pelajar dari Fakulti Pengajian Pendidikan juga memenangi dua emas dalam acara yang sama bagi kategori lelaki.

Skuad memanah lelaki negara yang dibarisi oleh Wan Mohd. Khalmizam Wan Ab. Aziz dan Liew Tek Wa yang merupakan pelajar FBMK dan Nazrin Aizad Mat Nasir dari Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) juga menepati sasaran dengan mudah memenangi emas dalam acara recurve berkumpulan.

Skuad olahraga UPM juga tidak menghampakan apabila menyumbang empat emas, tujuh perak dan tiga gangsa.

Paling mencuri tumpuan ialah atlet lontar peluru lelaki negara, Adi Alifuddin Hussin mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut. Sebagai rekod, Adi memenangi emas pada AUG edisi 2008 di Kuala Lumpur dan 2010 di Chiangmai, Thailand.

Adi merupakan pelajar FPP membuktikan statusnya sebagai juara bertahan apabila melakukan lontaran sejauh 16.24m pada aksi final yang berlangsung di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos. Beliau juga merupakan pemenang pingat perak sukan SEA 2011 di Palembang dan pemegang rekod kebangsaan.

Selain itu, atlet karate-do dan wushu juga cemerlang dengan masing-masing menyumbang empat dan tiga pingat emas. Tidak ketinggalan juga atlet badminton UPM menyumbangkan dua pingat emas kepada negara.

National archer, Saritha Cham Nong from the Faculty of Human Ecology won two gold in the individual and group compound category.  Saritha led the gold chase with 140 score points under the individual compound category, defeating fellow athlete with only 131 score points.

“I’m elated that I won gold for the country even though I had to fight against my own team member, apart from experienced ones,” said Saritha.

Also shining bright is MohdFirdaus Isa, a student from the Faculty of Educational

Studies (FPP), who brougth home  two gold under the same category.

The archery squad, made up of Wan Mohd. Khalmizam Wan Ab. Aziz and LiewTekWa of FBMK and NazrinAizad of FPP also had effortlessly hit the target by winning gold in the group recurve category.

UPM’s track and field team did not disappoint with the winning of a gold medal. For this, national shot putter Adi Alifuddin Hussin stamped his superiority by winnig the gold for the 3rd time. He had won the gold at the 2008 AUG in Kuala Lumpur and the 2010 AUG in Chiang Mai, Thailand.

A national record holder , Adi, who is from FPP, retained his champion title with a 16.24m throw at the final held  at the Laos National Sports Complex. He also won a silver at the 2011 SEA Games in Palembang.

In addition, the athletes for karate-do and wushu were excellent in their performances,   winning three gold medals while the UPM  badminton squad  bagged two gold medals for the country. – UPM

-- UPM/MNM/SM/KGO


WXDdXAL~