| Universiti Putra Malaysia

Atlet karate UPM berjaya genggam segulung ijazah

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM



SERDANG, 30 November – Atlet karate Avineswaran Gunasekaran, 23, berjaya mengenggam segulung ijazah dalam program Kejuruteraan Perisian pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 pada hari ini.

10 tahun berada dalam bidang sukan membuatkan beliau mampu untuk membahagikan masa dengan baik.

“Saya terpaksa berulang alik dari UPM ke tempat latihan di Kuala Lumpur setiap minggu,” katanya

Tambah beliau, pengorbanan mengikuti latihan berulang-alik selama tiga jam berbaloi apabila beliau dapat menyertai pasukan SUKMA.

Avineswaran Gunasekaran berjaya merangkul pingat emas dalam SUKIPT dan kini beliau fokus untuk pertandingan National Championship pada tahun hadapan.-UPM

WXDdQAT~