-AGROBANK Menandatangani MoU Dalam Melahirkan Usahawan Bidang Pertanian | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » -AGROBANK menandatangani MoU dalam melahirkan usahawan bidang pertanian

-AGROBANK menandatangani MoU dalam melahirkan usahawan bidang pertanian

Oleh Noor Eszereen Juferi
Foto oleh Marina Ismail

 



SERDANG, 27 Jun (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Agrobank menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama melahirkan usahawan kalangan graduan institut pengajian tinggi (IPT) dalam bidang pertanian.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata MoU dengan Agrobank adalah penting bagi mengukuhkan usaha UPM dalam menggalakkan pelajar untuk terus berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

“Dengan adanya bantuan daripada pihak institusi kewangan secara langsung dapat membantu graduan yang merupakan generasi muda yang akan mencorakkan masa depan sektor pertanian negara,” katanya pada majlis penutup program inkubasi usahawantani 2014 dan menantangani memorandum persefahaman antara UPM dan Agrobank di sini.



Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman pula berpendapat pentingnya perkongsian pintar (smart partnership) dalam usaha untuk mencapai matlamat bersama. 

“Kerjasama yang terjalin dengan UPM merupakan satu inisiatif penting bagi mewujudkan sinergi yang lebih baik di antara pihak akademik dan industri, terutamanya dalam usaha kedua-dua pihak memperkasakan industri pertanian negara serta memberi lebih peluang kepada golongan muda untuk meneroka peluang kerjaya yang cemerlang dalam perniagaan yang berasaskan pertanian,” katanya.



Sementara itu, Program Inkubasi Usahawantani 2014 telah bermula sejak tahun 2012. Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan di kalangan graduan khususnya dalam bidang pertanian.

Antara modul yang ditawarkan adalah modul tanaman, akuakultur, ternakan, pengurusan perkhidmatan makanan dan ekopelancongan yang berdurasi selama enam (6) bulan.

Pada masa kini seramai 83 orang graduan inkubasi telah dilahirkan melalui program ini sepanjang tahun 2012 hingga 2013. – upm/nej/kgo


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1569093444