| Universiti Putra Malaysia

Adik mengikut jejak langkah abang graduat bersama

Oleh: Nisa Sahira Samsudin
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia Dengan Pengurusan, FEM

SERDANG, 23 Mac – Graduan Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-45, Dr. Krishnan Nair Balakrishnan dan adik beliau Subatrra Nair Balakrishnan bergraduat bersama di sini.

Keinginan pasangan adik-beradik ini tercapai dan berasa sangat gembira mereka dapat bersama-sama menghabiskan pengajian.

Dr. Krishnan berjaya bergraduat PhD dalam bidang Vaksin manakala Subatrra telah berjaya bergraduat program Bacelor Mikrobiologi.

Abang sulung dari empat adik-beradik juga sebelum ini merupakan lepasan graduan Bacelor Mikrobiologi sekali gus menjadi inspirasi untuk adik bongsunya untuk mengambil bidang yang sama.

Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk menyambung Masters dan PhD di UPM atas dasar minat dengan harapan untuk menjalani persekitaran yang baharu berbanding tempat belajarnya sebelum ini.

Kesetiaan beliau untuk berbakti kepada UPM tidak berakhir di situ di mana beliau kini berkhidmat di Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), UPM.

Antara kisah menarik yang dikongsikan Krishnan adalah beliau menjadi tutor peribadi untuk beberapa institut swasta demi mencari sumber pendapatan ketika belajar.

Manakala, Subatrra yang merupakan mantan Timbalan Presiden Persatuan Hindu kini sedang melanjutkan pengajian Masters di Fakulti Perubatan.

“Don’t be afraid to give up the good for the great,” antara kata-kata semangat yang diberikan oleh pasangan adik-beradik ini kepada para pelajar UPM. - UPM

SXDdAAe~