| Universiti Putra Malaysia

Adik beradik raih Master, hadiah buat Allahyarham bapa

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
Foto: Sabri Omar


SERDANG, 26 Nov - "Kami ingin mendedikasikan kejayaan ini khas buat Allahyarham bapa yang telah kembali ke Rahmatullah pada 2020," kata dua beradik Norazian Safian,42 dan Anas Safian,39 yang menerima ijazah Master pada Sidang 2 Majlis Konvokesyen UPM ke-46 di sini, hari ini.

Kata Anas, kehilangan bapa kesayangannya itu merupakan satu dugaan paling besar dalam kehidupanya akibat kanser beberapa bulan sebelum masing-masing memulakan pengajian di UPM.

"Kejayaan bersama kakak ini adalah sokongan daripada keluarga dan berkat doa ibu yang tidak putus mendoakan kecemerlangan anak-anaknya," katanya.

Sementara itu, Norazian meluahkan rasa teruja dan ingin menjadi suri teladan buat empat orang anaknya untuk terus sabar dan tekun dalam menuntut ilmu. 

"Semoga anak-anak saya mengikut jejak langkah kami berdua dan tidak berhenti untuk menyambung pelajaran walaupun banyak cabarannya namun pasti akan mencipta kejayaan,” katanya.-UPM 

SXEZAAe~