| Universiti Putra Malaysia

Adik-beradik, anak saudara graduat bersama

Oleh: Nisa Sahira Samsudin
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM

SERDANG, 12 Jan – Tiga ahli keluarga telah berjaya bergraduat sekaligus menjadi alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Majlis Konvokesyen ke-44 UPM pada hari ini.

Graduan Bacelor (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) dengan Kepujian, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Farah Nini Liyana Mohamad Zuhaidi iaitu kakak berjaya bergraduat bersama adiknya, Amir Imran Hariz Mohamad Zuhaidi yang bergraduat dalam program Diploma Pertanian.

Pasangan adik-beradik itu turut disertai oleh anak saudara mereka iaitu Ahmad Imran Ahmad Zaidi yang tutur bergraduat dalam program Bacelor Sains (Perniagaantani), Fakulti Pertanian.

Selain itu, abang kepada Ahmad Imran, Ahmad Irfan Ahmad Zaidi turut bergraduat program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian, FSTM namun beliau tidak dapat menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen ke-44 Universiti Putra Malaysia (UPM) atas urusan kerja.

Menjadikan abang saudara sebagai inspirasi, seluruh keluarga itu telah memilih UPM sebagai pilihan pertama dalam pengajian mereka dari peringkat Asasi hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Mempunyai ahli keluarga yang turut melanjutkan pelajaran di universiti yang sama menjadikan perjalanan menuntut ilmu itu sesuatu yang lebih mudah untuk mereka.

Sedikit berbeza untuk Amir Imran Hafiz yang sebelum ini melanjutkan pengajian Diploma di UPMKB kerana terpisah dengan keluarganya di Perak dan jarak yang jauh tidak menjadi penghalang untuk beliau menamatkan pengajiannya. - UPM

SXEUTAR~