| Universiti Putra Malaysia

50 orang sukarelawan YOSH UPM bantu ibadah korban di Masjid Bukit Aman

 
Skuad Youth of strength and happiness (YOSH) Universiti Putra Malaysia (UPM) hadir sebagai sukarelawan gotong-royong pada program ibadah korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Bukit Aman baru-baru ini.
 
Seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan alumni Chapter YOSH UPM dan MyFundAction turut serta menyertai program ibadah korban ini bagi membantu urusan menyembelih dan melapah daging korban bersama-sama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
Menurut ketua projek skuad YOSH UPM, Muhammad Azzam Luqman berkata program ini memupuk pelajar untuk menghayati hari Arafah di samping sikap kerjasama dalam penyediaan persiapan program pada hari keesokan harinya.
 
"Secara keseluruhannya, langkah ini menjadi platform bagi golongan belia menyediakan diri sebagai pemimpin masa hadapan yang berintegriti serta memiliki wawasan berlandaskan syariah dan kemanusiaan sejagat.
 
"Kebanyakkan dari kami sudah tidak terbiasa melakukan kerja gotong-royong seperti masyarakat di kampung. Namun hari ini kami turun padang sebagai sukarelawan membantu proses ibadah korban ini. Saya rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mempelajari ilmu proses sembelihan, pemotongan dan agihan daging yang diagihkan," katanya.
 
 
Tambah beliau semangat bermasyarakat ini memberi pendedahan kepada kami hidup bermasyarakat, dan mendapat ilmu serta kemahiran menyembelih dan melapah daging korban.
 
"Saya berharap golongan muda pada masa akan datang mempunyai semangat bermuafakat sebegini sampai bila-bila, katanya. - UPM

WXFOIAk~