| Universiti Putra Malaysia

38 pelajar sekolah menengah sertai Program Bio-Superhero Outreach 4.0 anjuran UPM

KUALA LUMPUR - Program Bio-Superhero Outreach 4.0 2022 telah disertai 38 pelajar sekolah menengah golongan B40 sekitar Lembah Klang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta bagi ilmu Sains Biologi dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh kepada masyarakat setempat baru-baru ini.

Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Pemerkasaan Remaja(PERKASA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalankan program ini dengan tema ‘Unleash Your Inner Bio-Hero’.

Penasihat Program, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir berkata, program “Bio Superhero Outreach 4.0 2022” sangat berlainan apabila boleh dilakukan secara bersemuka bersama-sama pelajar genius remaja daripada golongan B40 dengan bertemakan “Unleash Your Inner Bio- Hero”.

“Program ini diharapkan dapat menggalakkan pelajar untuk menggalas tanggungjawab dalam menjadi masyarakat yang mempunyai rasa cinta terhadap ilmu biologi dengan pendedahan-pendedahan dan ilmu yang diberikan sewaktu aktiviti berlangsung.

“Selain itu juga, program ini diharapkan dapat membuka minda peserta untuk berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan tugasan dan cabaran yang bakal dihadapi,” katanya.

Program itu mendapat tajaan serta sokongan daripada Fakulti Sains, UPM dan KMB sebanyak RM 1,550 dan juga daripada Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebanyak RM 2000.

Sekolah yang terlibat bagi program ini ialah, SMK Taman Sri Rampai (9), SMK Sri Rampai (2), SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara (4), SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara (2), SMK Seri Keramat (2), SMK Padang Tembak (2) dan masing-masing seorang dari SK Seri Rampai, SK Setapak, SK Wangsa Maju Zon R10, SMK Seri Permaisuri Cheras, SMK (P) Air Panas, SMK (P) Bandaraya, SMK Desa Tun Hussein Onn dan SMK Batu Muda. - UPM

WXEURAx~