| Universiti Putra Malaysia

24 warga UPM terima anugerah Fellowship Naib Canselor dari Sultan Selangor

Oleh Azman Zakaria

Foto Marina Ismail

SERDANG, 30 April - Seramai 24 warga Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima anugerah Fellowship Naib Canselor yang disampaikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Canselor UPM pada Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) 2018, di sini.

MGAP adalah penghargaan dan pengiktirafan universiti terhadap warganya yang mempamerkan kecemerlangan atas usaha penerokaan dan pengembangan ilmu serta perkhidmatan pendidikan bagi menjulang pembudayaan ilmu.

Anugerah Fellowship Naib Canselor (Anugerah Khas Akademia Putra) diterima oleh Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Dato’ Dr. Mohd Hair Bejo.

Empat orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Pengajaran, Kategori Pengajar Cemerlang. Mereka ialah Prof. Madya Dr. Siti Khairani Bejo dari Fakulti Perubatan Veterinar, bagi kategori Sains Kesihatan; Dr. Nasri Sulaiman dari Fakulti Kejuruteraan, bagi Kejuruteraan; Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusoff dari Fakulti Ekologi Manusia, bagi Sastera dan Sains Sosial; dan Prof. Madya Dr. Hamisah Hasan dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, bagi Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan.

Empat orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Pengajaran, Kategori Pengajar Muda. Mereka ialah Dr. Mas Jaffri Masarudin dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, bagi Sains Tulen; Prof. Madya Dr. Syafinaz Amin Nordin dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, bagi Sains Kesihatan; Dr. Noor Ain Kamsani dari Fakulti Kejuruteraan, bagi Kejuruteraan; dan Dr. Muhammad Alif Redzuan Abdullah dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, bagi Sastera dan Sains Sosial.

Dua orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi, Kategori Penyelidik Cemerlang. Mereka ialah Prof. Dr. Mohd. Adzir Mahdi dari Fakulti Kejuruteraan, bagi Sains dan Teknologi; dan Prof. Madya Dr. Normaz Wana Ismail dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, bagi Sains Sosial.

Dua orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi, Kategori Penyelidik Muda. Mereka ialah Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen dari Fakulti Sains, bagi Sains dan Teknologi; dan Dr. Fakarudin Kamarudin dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, bagi Kategori Sains Sosial.

Dua orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor - Penyelidikan dan Inovasi, Kategori Penerbitan Makalah Jurnal. Mereka ialah Prof. Madya Dr. Chee Hui Yee dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, bagi Sains dan Teknologi; dan Prof. Dr. Sherina Mohd Sidik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, bagi Sains Sosial. 

Sementara itu Prof. Dr. Lai Oi Ming dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi, Kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk; Prof. Madya Dr. Law Siong Hook dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi, Kategori Penerbitan Buku; dan Prof. Madya Dr. Suriati Paiman dari Fakulti Sains menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi, Kategori Seni dan Kreativiti.

Dua orang menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Perkhidmatan Profesional, Kategori Pengurusan dan Profesional. Mereka ialah Prof. Dr. Samsilah Roslan dari Fakulti Pengajian Pendidikan/Putra Science Park, bagi Akademik; dan Muhazam Mansor dari Pejabat Pendaftar, bagi Bukan Akademik.

Norsyahriman Md. Arif dari Bahagian Kaunseling pula menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor – Perkhidmatan Profesional, Kategori Pelaksana.

Tempat pertama Anugerah Fellowship Naib Canselor – Perunding Cemerlang pula diterima Prof. Madya Dr. Azlizam Aziz dari Fakulti Perhutanan; tempat kedua Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan; manakala tempat ketiga Prof. Madya Dr. Mohd Fadlee A Rasid dari Fakulti Kejuruteraan.

Ketika berucap pada majlis itu, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris mengucapkan tahniah kepada warga UPM yang cemerlang dalam sumbangan mereka dan berharap ia akan aspirasi dan contoh kepada warga UPM untuk terus cemerlang.

“Saya mendoakan agar kecemerlangan ini dapat diteruskan bagi mengangkat wibawa universiti ke peringkat yang lebih tinggi, dalam menghayati inti pati moto universiti tercinta, Berilmu Berbakti,” katanya. – UPM  

WXESWA2~