| Universiti Putra Malaysia

12 PALAPES UPM terima anugerah daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Noor Azreen Awang

SEPANG, 24 Sept- Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan 12 anugerah terbaik pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM pada Majlis Santapan Malam Rejimental sempena pentauliahan Diraja pegawai kadet PALAPES UPM kali ke-40.

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berharap agar Pegawai Muda yang telah ditauliahkan mengambil manfaat segala pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh sewaktu latihan PALAPES sebagai nilai tambah yang terbaik untuk diaplikasikan dalam apa-apa bidang diceburi.

"Saya menyeru agar semua pegawai muda akan melapor diri dan terus bergiat aktif di dalam rejimen askar wataniah atau Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) khususnya di bawah organisasi PALAPES UPM," katanya.

Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan PALAPES Darat dianugerahkan kepada LTM Nazurah Afiqah Nadzli manakala PALAPES Laut dianugerahkan kepada LTM Muhammad Zafril Hazali Hazlan.

Anugerah bagi PALAPES Darat Pegawai Kadet Terbaik Lelaki, dianugerahkan kepada LTM Muhammad Farouq Mohd Nor, Pegawai Kadet Terbaik Wanita dianugerahkan buat LTM Nur Hidayah Zulkifli, Pegawai Kadet Terbaik Kawad dianugerahkan kepada LTM Wong Zhuo Ying, Pegawai Kadet Terbaik Menembak dianugerahkan kepada LTM Mohamad Asyraf Bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Kadet Terbaik Pengajian Kenteraan dianugerahkan kepada LTM Nur Ain Khairul Azmi dan Pegawai Kadet Terbaik Pengajian Akademik dianugerahkan kepada LTM Prethiba A/P K Ganasan.

Bagi penerima anugerah PALAPES Laut kategori Pegawai Kadet Terbaik Lelaki dianugerahkan kepada LTM Amirul Dinie Mohd Hanafi PSSTLDM, Pegawai Kadet Terbaik Perempuan dianugerahkan kepada LTM Aniss Adriena Azhan PSSTLDM, Pegawai Kadet Terbaik Pengajian Ketenteraan dianugerahkan kepada LTM Muhammad Fadil Mohd Razali PSSTLDM, dan Pegawai Kadet Terbaik Pengajian Akademik dianugerahkan kepada LTM Lin Qian Yong PSSTLDM.

Dalam pada itu, makan malam ini melibatkan 172 tetamu dan Pegawai Muda PALAPES UPM.

Turut hadir, Brigedier Jeneral Fazal Abdul Rahman, Panglima 11 Briged, Kepten Profesor Town Planner (TPR) Dr. Jamalunlaili Abdullah PSSTLDM, Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Timbalan Naib Canselor UPM, dan Timbalan Komandan PALAPES UPM, Leftenan Kolonel Muhammad Fadzil Repin@Rebin. – UPM

WXEaKAR~