| Universiti Putra Malaysia

1,000 staf UPM hadir Majlis Sambutan Hari Raya peringkat UPM

Oleh Nisa Khairina Amirudin

Foto Marina Ismail

SERDANG, 24 Jun – Kira-kira 1,000 staf Universiti Putra Malaysia (UPM) hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya peringkat UPM di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata, majlis itu amat bermakna kerana merupakan peluang bagi seluruh warga UPM berkongsi kegembiraan sambil mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.

“Semangat muafakat seperti ini seharusnya tidak terhad kepada sambutan hari perayaan sahaja, malah patut terus diamalkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau juga berkata semua warga UPM perlu sama-sama berusaha dan meraikan kejayaan-kejayaan universiti di masa hadapan.

“Kejayaan universiti adalah usaha kolektif semua warga UPM dan keikhlasan usaha kita akan mendapat keberkatan serta mengangkat imej universiti ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Pengurusan Universiti, pegawai-pegawai kanan universiti, alumni, pesara, pegawai-pegawai, staf serta pelajar UPM.

Pelbagai jenis makanan dan minuman dihidangkan untuk tetamu.  Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu dan jemputan yang lengkap berpakaian baju tradisional Melayu seperti baju kurung, kebaya dan baju Melayu.

Ia turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti majlis sambutan hari lahir warga UPM, cabutan bertuah dan anugerah busana tercantik.  - UPM

SXDcSA~