Dewan Bankuet | Universiti Putra Malaysia
» PERKHIDMATAN » Dewan » Dewan Bankuet

Dewan Bankuet

Dewan Bankuet UPM telah diuruskan oleh anak syarikat UPM Holdings Sdn Bhd, iaitu UPM Consultancy & Services Sdn Bhd. Dewan ini terletak di sebelah selatan kampus UPM dan boleh diakses melalui jalan keluar Lebuh Silikon lebuh raya KL – Seremban.

Dewan ini mempunyai kemudahan bilik menunggu untuk VIP, pentas, Sistem P.A, surau, ruang parkir dan ruang makan. Dewan Bankuet ini dapat memuatkan sehingga 2000 orang tetamu dalam satu-satu masa sama ada majlis rasmi atau tidak rasmi.

Antara majlis yang biasa dijalankan di dewan ini ialah  majlis perkahwinan, peperiksaan, seminar dan makan malam.  Setiap majlis didatangkan dengan pakej tersendiri yang disediakan oleh pihak UPM Consultancy & Services.

Kadar bayaran Dewan Bankuet untuk kakitangan UPM, agensi kerajaan, badan berkanun atau persatuan dan badan perniagaan kerajaan, swasta atau persendirian ialah RM900.00 sejam.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Dewan Bankuet, sila hubungi En. Abdul Rahim Mohd Yusoff melalui talian 03-8947 1161.      


Kemaskini:: [ali_bakri]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566636508