Cara Memohon

Pengajian Asasi
Prasiswazah
Pascasiswazah
Pengajian Asasi

Malaysian

1. Saluran Perdana (Melalui Sistem UPUOnline)

Umumnya, permohonan kemasukan ke UPM bagi program prasiswazah iaitu Diploma dan Asasi Sains adalah melalui Sistem UPUOnline yang diuruskan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Berikut adalah maklumat am program Diploma dan Asasi Sains yang ditawarkan di UPM merangkumi senarai program, syarat am dan yuran pengajian.

 

2. Saluran Alternatif (Terus ke UPM)

Saluran alternatif memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang tetapi tidak mendapat tawaran program yang diminati melalui permohonan UPU untuk melanjutkan pengajian yang menjadi pilihan. Kemasukan melalui saluran alternatif dibuka bagi program Asasi Sains di UPM. Klik pautan di bawah bagi maklumat program dan portal permohonan kemasukan melalui saluran alternatif ke program Asasi Sains Universiti Putra Malaysia. Program yang ditawarkan melalui melalui saluran alternatif dilaksanakan secara yuran penuh tanpa subsidi.

 
 

Hubungi Kami

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK
Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel: +603-9769 6060
Faks: +603-8942 6469
Emel: akd@upm.edu.my 

Prasiswazah
Pascasiswazah