UPM Hargai Peranan Media, Sentiasa Kukuh Hubungan | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » UPM hargai peranan media, sentiasa kukuh hubungan

UPM hargai peranan media, sentiasa kukuh hubungan

**This article was published in Bahasa Melayu and has no translation in English

Oleh: Noor Eszereen Juferi

SERDANG, 27 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) menghargai peranan media dan sentiasa berusaha mempereratkan lagi hubungan strategik yang sedia terjalin antara  universiti dengan media.

Timbalan Pengarah, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain berkata media telah banyak membantu dalam memaparkan aktiviti, pencapaian dan mempromosikan kepakaran serta inovasi UPM.

Sehubungan itu bagi terus memperkukuhkan lagi hubungan, PSPK, UPM telah mengadakan Program Kunjungan Ramadan UPM Prihatin ke Rakan Media 2021 di agensi media sekitar Lembah Klang.

Pada program itu, pertemuan dan perbincangan tidak formal diadakan antara PSPK dengan editor serta wartawan, dan pada masa yang sama anggota rombongan PSPK dapat melihat situasi kerja di bilik-bilik berita.

“Peranan yang dimainkan oleh media memberi impak positif kepada UPM terutamanya aspek visibiliti universiti dan pemerkasaan imej, penjenamaan, mempromosikan kepakaran, menonjolkan bakat pelajar serta membentuk persepktif positif masyarakat kepada universiti.

“Terima kasih kepada media kerana paparan pencapaian, kepakaran dan aktiviti UPM oleh media telah membantu melonjakkan visibiliti UPM,” katanya.

Antara agensi media yang dikunjungi ialah Sinar Harian, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, Radio Televisyen Malaysia (RTM), The Star, mStar, TV3, Didik TV dan Malaysia Gazette.

Perancangan PSPK, UPM untuk ke Astro Awani dan BERNAMA pada 6 Mei lalu tertunda kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di enam daerah di Selangor pada tarikh berkenaan. - UPM

Date of Input: 12/08/2021 | Updated: 12/08/2021 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CULbOAe:14:06