| Universiti Putra Malaysia

Program PUTRA YNAC ingin lahirkan duta cilik pakar pemakanan

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Sekretariat YNAC  

SERDANG, 16 Dis – Program PUTRA Young Nutrition Ambassador (YNAC) anjuran Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, memberi pendedahan kepada 34 murid sekolah berusia tujuh hingga 12 tahun kepentingan pemakanan yang seimbang.

Pengarah program, Lim Jia Ming, 21, berkata YNAC bertujuan untuk melahirkan duta cilik pemakanan dan melatih para peserta menjadi celik mengambil makanan yang berkhasiat sejak kecil lagi.

“Program selama dua hari ini bermula 16 Disember hingga esok akan di isi dengan pelbagai aktiviti interaktif yang berinformatif dan akan memfokuskan pendidikan pencegahan risiko malnutrisi.

“Kami juga akan menggalakkan pelajar sekolah rendah berkongsi pengetahuan makanan dan amalan gaya hidup sihat dengan rakan serta keluarga mereka,” katanya.

Dalam pada itu, peserta juga akan dibawa membeli makanan berkhasiat di AEON Mall Taman Equin sebagai pendidikan mengaplikasikan pembelajaran selepas dua hari menyertai program.

Program ini seiring dengan Matlamat 1, Pelan Strategik UPM 2021-2025, melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang. – UPM

SXFIXAQ~