| Universiti Putra Malaysia

“Pertanian bukan bidang kelas rendah” – Penerima Pingat Putra Agribio

Oleh: Noor Eszereen Juferi



SERDANG, 26 November – Penerima Pingat Putra Agribio, Melissa Lok Mei Teng graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) berpandangan bidang pertanian adalah penting dan bukan bidang bertaraf kelas rendah.

Beliau akui sungguh pun segelintir masyarakat berfikiran begitu, ianya tidak mematahkan semangatnya untuk mempelajari dalam bidang tersebut.

“Ini secara langsung saya dapat menyumbang kepada negara kerana pada masa ini negara sedang menghadapi krisis makanan dan peranan saya adalah penting dalam menghasilkan kualiti tanaman yang baik serta mencukupkan sumber makanan negara,” katanya.

Melissa Lok Mei turut kongsikan cabaran beliau menempuhi pembelajaran secara maya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

“Semasa menjalani kelas secara maya oleh kerana bidang saya ini memerlukan untuk melakukan tugasan secara fizikal ianya agak sukar tetapi saya bersyukur kerana berjaya untuk menghadapinya,” katanya.

Beliau juga tidak menyangka akan tersenarai dalam Pemenang Hadiah Universiti Sesi 2021/2022 dan baginya ianya berbaloi atas usaha kerasnya untuk berjaya dalam bidang akademik.

Beliau kini sedang menyambung pengajiannya dalam Master Sains Tanah di Fakulti Pertanian, UPM. - UPM

SXDcVAq~