| Universiti Putra Malaysia

Pelajar Fakulti Pertanian UPM beri pendedahan hidroponik di SMK Kajang Utama

Oleh: Nur Saidah Binti Abdul Rani

KAJANG, 14 Januari – Kelab Bacelor Sains Pertanian (BSP) di bawah Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama pihak pengurusan Fakulti Pertanian, UPM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM telah menganjurkan program pengembangan pertanian bersama pelajar SMK Kajang Utama.

Seramai 41 peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan 4 SMK Kajang Utama mengikuti program dengan perkongsian ilmu pertanian berkaitan teknologi hidroponik

Pengarah program, Mohammad Hazim Hasbollah berkata impian beliau adalah untuk melihat lebih ramai golongan muda berkecimpung dalam bidang pertanian kerana bidang tersebut merupakan satu keperluan dalam industri masa kini.

“Hasrat saya adalah untuk pelajar dapat berkecimpung khususnya pertanian yang melibatkan teknologi terkini dan pada pandangan saya sebagai seorang pelajar pertanian kita perlu mendidik pelajar dari peringkat awal lagi,” katanya.

Tambah beliau, menerusi program ini, diharap ianya dapat memberi impak serta menarik minat pelajar SMK Kajang Utama untuk menceburi bidang pertanian pada masa akan datang setelah menamatkan sesi persekolahan.

“Dengan adanya perkongsian ini saya berharap pelajar dapat mempraktikkan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan berkaitan teknik penanaman hidroponik yang diperolehi,” katanya.

Antara pengisian lain sepanjang program ini berlangsung ialah aktiviti ‘Explore Race Pertanian’ yang terdiri daripada beberapa checkpoint berkaitan dengan teknik pengurusan hidroponik.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Nur Bahiah Mohamed Haris, dan Pengarah Program Pengenalan Hidroponik, Mohammad Hazim Hasbollah, dengan penyerahan plak penghargaan, modul penanaman hidroponik, serta kompilasi buku keluaran UPM kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Kajang Utama, Puan Afidah Daud - UPM

WXEbIA~