| Universiti Putra Malaysia

Pahit getir bersama diharungi pasangan suami isteri bergraduat Master dan PhD

SERDANG, 21 Mac – Keputusan untuk berkahwin bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat semasa pengajian. Tidak bagi pasangan suami isteri Muhammad Asyraf Muhammad Rizal dan Rafidah Mazlan telah membuktikan keberanian mereka untuk berkahwin semasa melanjutkan pengajian.

Muhammad Asyraf Muhammad Rizal menerima ijazah Ph.D dalam Kejuruteraan Bahan manakala Rafidah Mazlan pula menerima ijazah Master Kejuruteraan Lebuh Raya dan Trafik pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ke-45 pada hari ini.

Pasangan ini aktif dalam aktiviti Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 10 dan Kolej 11 pada tahun 2016 menjadi titik pertemuan antara pasangan suami isteri ini di samping mereka berdua merupakan pelajar dari fakulti yang sama iaitu Fakulti Kejuruteraan.

Antara usaha yang Muhammad Asyraf lakukan dalam mencari wang untuk majlis perkahwinan beliau adalah membuat servis Grab selama 2 tahun.

Pasangan suami isteri ini tidak berhenti berusaha dalam mencari keselesaan hidup sebagai pasangan berkahwin sewaktu belajar di mana mereka turut membuat perniagaan kecil seperti menjual kek coklat, mengait mask extender serta menyediakan perkhidmatan proof-reading.

Antara kenangan yang dikongsikan oleh pasangan ini adalah pada malam sebelum hari pernikahan mereka Muhammad Asyraf masih menyiapkan dokumen pengajiannya sehingga larut malam dan pada pagi hari pernikahan beliau baru bertolak ke Johor Bahru untuk pernikahan mereka.

Meskipun diduga dengan keguguran kandungan selama 2 kali sepanjang tempoh berkahwin, ianya tidak mematahkan semangat Rafidah Mazlan untuk meneruskan pengajiannya.

Merupakan bekas penerima Anugerah Emas Diraja pada Majlis Konvokesyen UPM yang ke-42, Muhammad Asyraf Muhammad Rizal telah turut memenangi anugerah IKM Research Prize in Polymers and Materials Science 2021.

“Sepenuh penghargaan perlu diberikan kepada ibu bapa kita, pasangan kita serta ahli keluarga kita kerana keberkatan mereka merupakan salah satu kunci kejayaan kami” kata-kata semangat yang diberikan oleh pasangan ini - UPM

SXEQMAO~