| Universiti Putra Malaysia

Kanser limfoma bukan penghalang tamat PhD

Oleh: Noor Eszereen Juferi
 
 
SERDANG, 30 November – Menghidap kanser limfoma tahap empat tidak menghalang graduan PhD Bahasa Melayu, Syahrin Awang Besar pada Majlis Konvokesyen UPM ke-46 Sidang 2 pada hari ini.
 
Beliau berkata semasa menyambung pengajiannya di peringkat awal beliau tidak tahu masalah kesihatannya dan mula disahkan menghidapi penyakit itu pada Januari lalu.
 
Di tahun akhir pengajian saya baru tahu saya ada masalah kesihatan dan perlu menjalani rawatan kemoterapi selama tujuh bulan.
 
“Saya akui saya berasa hilang semangat bila mendapat tahu keputusan doctor seolah mendapat ‘hukuman mati’ bila tahu keputusan yang dimaklumkan oleh pihak doktor dan hampir tiga bulan saya tidak sentuh tesis saya untuk melakukan pembetulan akhir,” katanya.
 
Beliau kemudiannya mendapat kekuatan semuala dan menyelesaikan pembetulan akhir PhD beliau di wad ketika sedang menerima rawatan kimoterapi. Sel kanser kini telah merebak ke hati, paru-paru dan tulang (Tahap 4) dan beliau positif dalam menjalankan rawatannya.
 
 
Beliau melahirkan rasa syukur kerana isteri, Maznah Musneh dan juga ibunya , Dayang Hamidah Mohd Kassim banyak memberi dorongan serta semangat untuk beliau berjuang dalam pelajaran dan ‘lawan’ penyakitnya itu.
 
“Isteri menjadi ‘kaki’ saya untuk bergerak kerana saya sudah tidak mampu bergerak dengan mudah kerana penyakit saya serta menjadi peneman saya untuk menyorong kerusi roda di sekitar UPM,” katanya.
 
Selain itu, antara cabarannya Syahrin yang lain adalah faktor jarak kerana beliau tinggal di Sabah dan perlu berulang alik ke kampus.
 
Apabila ditanya bahasa Melayu kini dipandang enteng oleh masyarakat bagi beliau masyarakat perlu memartabatkan Bahasa Melayu dan dahulunya bahasa itu merupakan bahasa lingua franca utama dunia.
 
“Kalau bukan kita yang memperjuangkan bahasa Melayu siapa lagi akan buat kalau bukan kita untuk memperjuangkan bahasa kita yang dahulunya merupakan bahasa yang menduduki martabat yang tinggi,” katanya.
 
Syahrin yang juga seorang guru di SMK Beaufort, Sabah berkata dengan adanya akademik adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk kita gunakan sebagai salah satu cara untuk memajukan diri.
 
Perancangan beliau selepas PhD adalah untuk memulihkan kesihatannya beliau dan mempunyai perancangan bersama penyelianya untuk menerbitkan beberapa penulisan dan buku ilmiah yang boleh menjadi sumbangannya kepada masyarakat.-UPM

SXEUCAr~