Jangan Patah Semangat Kata Dua Graduan | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Jangan patah semangat kata dua graduan

Jangan patah semangat kata dua graduan

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Sabri Omar

BINTULU, 1 November - Setiap insan mempunyai kisah tersendiri semasa menuntut ilmu demi mengubah kehidupan dengan pendidikan yang diperoleh diperingkat lebih tinggi.

Tidak mudah untuk mencapainya, namun dua graduan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) ini berjaya membawa pulang sekeping ijazah dan diploma pada Majlis Konvokesyen ke-46 Sidang 1 di UPMKB pada 1 November 2022 di Dewan Seri Kenyalang, UPMKB.

Graduan Bachelor Sains Perhutanan, Norhaliza Patahani telah kehilangan ibu dan ayah pada awal semester.

“Kehilangan kedua-dua orang tua saya tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk meneruskan kehidupan kerana perjuangan dalam pendidikan mesti diteruskan demi mengubah nasib keluarga.

“Walaupun terdapat masalah kewangan, kakak sulung selalu berpesan jangan risau dan teruskan belajar sehingga tamat walaupun kami mempunyai masalah kewangan.

“Terima kasih kakak kerana selalu ada untuk membantu sehingga berjaya menggengam diploma hari ini,” katanya.

Sementara itu pula, bagi anak sulung dari empat beradik ini pula terpaksa melakukan pekerjaan sambilan untuk melanjutkan pengajian di UPMKB.

Graduan Diploma Kejuteraan UPMKB, Intan Wahida Abdullah berkata, semasa semester ketiga beliau terpaksa melakukan pekerjaan sambilan di sebelah pagi sebagai pembantu penjual kuih dan makanan serta sebelah petang pula sebagai penghantar makanan.

“Saya tahu ianya agak sukar, tetapi demi kelangsungan hidup saya dan keluarga pengorbanan terpaksa dilakukan demi kejayaan yang akan diperoleh dengan pendidikan.

“Kepenatan ini mengajar saya untuk terus berusaha dan jangan pernah sesekali mengalah demi mencapai kejayaan. Dengan pendidikan sahaja boleh mengubah hidup keluarga saya,” katanya. - UPM

Date of Input: 01/11/2022 | Updated: 01/11/2022 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
WWJYFAt:05:18