| Universiti Putra Malaysia

ISTERI GENGGAM PHD JADI INSPRIRASI SUAMI GENGGAM MASTER

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

SERDANG, 22 Mac – “Saya banyak belajar daripada isteri saya. Dialah inspirasi saya,” luah Mohd Hafizz Wondi, 29 yang menerima ijazah Master Sains Kejuruteraan Pertanian dalam Sesi keempat Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-45 bersama isterinya Nur Izzah Nabilah Haris, 27, hari ini.

Hafizz berkata isterinya yang dikurniakan ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Kimia sentiasa mendorong beliau agar mengurus masa dengan baik dan melakukan tugasan dengan lebih sistematik.

“Isteri saya berjaya menaik taraf pengajiannya daripada Master ke PhD jadi beliau banyak membantu saya untuk menyusun jadual dengan baik agar saya berjaya bergraduat tepat pada masanya.

Perlu ada niat dan perancangan yang baik selain sentiasa saling memahami antara satu sama lain. Selain itu, kita perlu tahu siapa yang sentiasa menyokong apa yang kita lakukan,” ujar mereka.

Pasangan ini yang baru dua bulan mendirikan rumahtangga berterima kasih kepada UPM dan meluahkan rasa syukur apabila dapat bergraduat bersama-sama. – UPM

WXEbHAy~