| Universiti Putra Malaysia

INSPEM sambut ulang tahun ke-20 penubuhan di UPM

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh:  Sabri Omar

 

SERDANG, 1 April - Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini meraikan Ulang Tahun Penubuhannya yang ke-20 di sini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari berkata sepanjang dua puluh tahun INSPEM telah berkembang maju dan mengukuhkan reputasi mereka di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

“INSPEM juga telah menyahut Pelan Strategik ke-6, iaitu Kelestarian Pertanian dan Alam Sekitar melalui Kecerdasan Berkomputasi iaitu, salah satu daripada 16 Pelan Strategik INSPEM 2021- 2025.

“Malah, INSPEM juga menjalin rangkaian kerjasama dengan entiti pertanian dalam menyalurkan ilmu matematik dan statistik untuk penghasilan pertanian yang lebih baik, “katanya.

Selain itu, usaha pengantarabangsa menyaksikan INSPEM menjadi tuan rumah kepada 76 saintis pelawat dari setiap benua dan menghasilkan penyelidikan berkualiti yang memperoleh kira-kira 3,000 sitasi dalam journal penyelidikan untuk UPM.

Prof. Dr. Nazamid melancarkan Coffee Table Book INSPEM 2002-2022 yang menghimpunkan 1,000 nostalgia dan pencapaian INSPEM dari awal penubuhannya hingga kini.

Turut hadir, Pengarah INSPEM, Prof. Dr. Muhammad Rezal Dato’ Kamel Arrifin, Timbalan Pengarah INSPEN, Prof. Dr. Lee Lai Soon, Presiden Akademi Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM), Prof Emeritus Dato’ Dr. Kamel Ariffin Mohd Atan, Pengerusi Eksekutif Yayasan Makhota ,Tan Sri Dato’ Dr. Kamal Bin Salih, wakil daripada CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Anak Syarikat Genting dan Plantations Bhd (ACGT Sdn. Bhd). - UPM

WXEaUAM~