| Universiti Putra Malaysia

GIACC lawat FPAS bincang halatuju penyelidikan bersama

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mozaid Idris

SERDANG, 29 Ogos - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FPAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan hormat dari Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) bagi membincangkan hala tuju kerjasama penyelidikan bersama UPM.

GIACC yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Strategik), Datuk Abd Aziz Aban turut mengenal pasti peranan FPAS dalam projek-projek penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah yang telah terjalin sejak 2020.

Dekan FPAS, UPM, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid berkata kerjasama itu adalah untuk projek atau aktiviti yang memberi impak positif pada UPM dan khususnya di Malaysia.

"UPM berbesar hati kerana GIACC sudi bekerjasama dan melantik pakar-pakar UPM sebagai penyelidik projek mereka. Semoga dengan perbincangan ini tidak akan timbul sebarang isu daripada mana-mana pihak untuk membuat penyelidikan bersama,” katanya.

Kerjasama ini adalah sejajar Pelan Strategik UPM 2021-2025 Matlamat 2 iaitu Mewujudkan hab penyelidikan dan inovasi yang menjalankan nilai berteraskan ekosistem lestari. – UPM

SXDdVAw~