| Universiti Putra Malaysia

FESKO 2022/2023 memperkasa rohani, jasmani dan emosi pelajar UPM

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Izrul Abdul Jabar

 

SERDANG, 7 Januari - Festival Sukan Kokurikulum 2022/2023 (FESKO 2022/2023) telah dianjurkan di Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman telah merasmikan FESKO 2022/2023.

Beliau berkata, FESKO 2022/2023 ini menggabungkan semua kursus sukan di bawah kendalian Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM.

“Program ini mampu memperkasakan elemen rohani, jasmani dan emosi dalam diri setiap pelajar selain dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dan pengetahuan dalam menguruskan sesebuah program komuniti yang berimpak.

“Pada hari ini seramai 1209 pelajar UPM dari 41 kursus Kokurikulum Berkredit Teras Sukan Semester Pertama sesi 2022/2023 yang terlibat pada FESKO kali ini dan seramai 2000 peserta dalam kalangan pelajar UPM, komuniti luar, pengunjung dan juga agensi luar samada kerajaan atau swasta yang terlibat dalam memeriahkan FESKO pada sesi 2022/2023 ini, “ katanya.

FESKO merupakan satu festival sukan yang menggabungkan kesemua kursus sukan di bawah kendalian Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM. FESKO 2022/2023 merupakan anjuran kali ke-3 sejak tahun 2015 dengan tema "Sukan Untuk Semua" (Sports For All").

Festival ini akan dianjurkan dua fasa  iaitu pada 7-8 Januari 2023 dan 14-15 Januari 2023.

WXEYJAe~