| Universiti Putra Malaysia

Dua beradik ikut pesan ayah konvo bersama

Oleh: Dahlan Ismail Abu Bakar
Foto: Sabri Omar
 
 
SERDANG, 26 November - Muhd Ashraff Abu Bakar berkongsi kegembiraan hari ini menerima ijazah Bacelor Komunikasi dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke 46 Sidang 2 disini hari ini.
 
Beliau sangat gembira apabila beliau bersama adiknya Nurul Najwa Abu Bakar graduan Bacelor Pentadbiran dan Perniagaan turut menerima ijazah dalam Sidang Konvokesyen yang sama.
 
“Semua ini tidak akan berlaku jika kami tidak mendengar nasihat ayah yang mahukan kami melanjutkan pelajaran setinggi yang boleh kerana pendidikan sangat penting masa kini”, kata Nurul yang kini sedang mengikuti program Personel MySTEP di Kementerian Perumahan.
 
Sementara itu, Muhd Ashraff abang kepada Nurul Najwa kini juga dalam program Personel MySTEP di Kementerian Perpaduan Negara juga turut berkata bahawa ayah dan ibu sangat mementingkan pendidikan dan sentiasa mendorong beliau adik beradik untuk melanjutkan pengajian kerana pendidikan amat penting untuk masa depan.
 
“Saya juga merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master sedikit masa lagi” katanya. - UPM.

WXEUKA~