| Universiti Putra Malaysia

Cabaran jaga ayah sebagai dorongan genggam ijazah Master

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Saleha Haron
 
 
SERDANG, 27 November- Sambung belajar ke peringkat Master bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana banyak liku-liku yang perlu ditempuh walaupun terlihat senang di mata orang lain yang tidak duduk dalam kasut kita.
 
Graduan yang juga ibu kepada dua orang anak, Tanya Lam berkongsi bahawa tidak mudah untuknya peroleh Master pada hari ini pada Majlis Konvokesyen ke-46, Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
Graduan Master Kesihatan Awam ini turut menjaga ayahnya yang menghidapi penyakit Cerebral Atrophy dan menguruskan ayah dan anak-anak yang bukanlah sesuatu yang mudah ketika dalam pengajian.
 
“Bayangkan masa tu saya terpaksa menghadiri kelas epidemiologi, penyakit berjangkit, polisi perubatan, tulis tesis dan perlu bawa ayah ke hospital untuk membuat rawatan susulan.
 
“Waktu itu saya memang tiada pilihan, tak percaya yang boleh tamatkan pengajian master dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
 
Beliau berkata, walaupun hidup ini ditimpa masalah yang besar, jadikan cabaran ini sebagai dorongan.
 
“Stress dan penat itulah sumber kekuatan untuk berjaya memperoleh master hari ini,” katanya. - UPM

WXEbGAL~