Awards and Recognition 2017

ANUGERAH LUAR NEGARA

 

1.        

50 TERBAIK ‘AIRBUS FLY YOUR IDEAS 2017'

 

Pasukan ‘Putra Space’ UPM dianggotai pelajar Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa), Mohd Fazri Sedan dan Muhammad FaisHaikal Mohd Isa; graduan Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) dan pelajar Sarjana Sains (Kejuruteraan Aeroangkasa) Nur Hashafiqa Zainal berjaya melangkah ke pusingan kedua pertandingan ‘Airbus Fly Your Ideas 2017’ apabila disenarai dalam 50 pasukan terbaik (Top 50) daripada sejumlah 356 pasukan dari 89 negara.

2.        

ANUGERAH SEARCA

REGIONAL PROFESSORIAL CHAIR

Profesor Dr Ahmad Zaharin Aris, Dekan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM telah dipilih sebagai penerima anugerah SEARCA  Regional Professorial Chair daripada Southeast Asian Regional      Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA) yang berpangkalan di Phillipines.        

3.        

QS RANKING WORLD UNIVERSITY BY SUBJECTS 2017

Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya melonjakkan sebanyak 16 subjek dalam kedudukan 200 terbaik QS World University Ranking by Subjects 2017. UPM membuat lonjakan daripada 15 subjek pada tahun lalu kepada 16 subjek pada tahun ini dan menambah kedudukan 100 terbaik dunia dalam subjek Agriculture & Forestry.

4.

DR. SITI AQLIMA AHMAD – MALAYSIAN POLAR SCIENTIST

Pensyarah kanan Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM, Dr. Siti Aqlima Ahmad merupakan penerima YPASM Berth Support bagi membolehkan beliau menjalankan penyelidikannya bertajuk ‘Diversity and Biogeography of Soil Bacteria Degrading Phenol’ di Signy Research Station, Factory Cove, Pulau Signy, Antartika selama 80 hari di pulau itu sehingga 20  Mac 2017.

 5.

The 2017 HILTI INTERNET OF THINGS COMPETITION-2nd place

Sekumpulan pelajar tahun dua Bacelor Kejuruteraan Perisian, Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM terdiri daripada Nur Husnina Abrari, Ezzat Fahmi Mohamad Zahir, Frah Nabiha Ahmad Radzi dan Nur Syafikah Mohd Yusof memenangi tempat kedua pertandingan ‘The 2017 HILTI INTERNET OF THINGS COMPETITION’  (IoT).  Masing-masing menerima sijil penyertaan dan hadiah berupa barangan HILTI pada majlis yang diadakan di HILTI Asia IT Services Sdn Bhd, Brunsfield Oasis Tower, Kuala Lumpur.

6.        

ANUGERAH KHAS SIJIL PENGIKTIRAFAN MAURITIUS

Profesor Madya Dr. Paramasivam Muthusamy, pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPM telah menerima Anugerah Khas Sijil Pengiktirafan Mauritius daripada Perdana Menteri Mauritius, Pravind Kumar Jugnauth dalam satu Majlis Sambutan Ulangtahun ke-80 Mauritius Tamil League. Pengiktirafan diberi kerana sumbangannya di Mauritius selama 21 tahun mengembangkan ilmu kesarjanaan (Language and Culture) di Mauritius.

7.        

PENGIKTIRAFAN PROFESOR KEHORMAT UNIVERSITI KAZAKHSTAN

Prof. Dr. Mohamed Othman, Pensyarah Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM menerima pengiktirafan Profesor Kehormat dari South Kazakhstan Pedagogical University, Shymkent, Kazakhstan. Pengiktirafan itu merupakan pengiktirafan universiti luar terhadap penyelidikan dan sebagai penyampai seminar dan bengkel kepada kakitangan akademik dan pelajar siswazah di Universiti tersebut.

8.        

INTERNATIONAL YOUTH VOLUNTEER AWARD 2017

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan, UPM memenangi Asia-Pacific University - Community Engagement Network (APUCEN) International Youth Volunteer Award (Kategori Alam Sekitar) pada APUCEN SUMMIT 2017 dan membawa pulang wang tunai AS$3,000 dan plak daripada APUCEN yang disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh. Anggota kumpulan projek itu ialah Prof. Dr Azni Idris dari Fakulti Kejuruteraan, Dr. Wan Azlina Wan Abd Karim Ghani, Dr. Tinia Idaty Mohd Ghazi dan Dr. Nor Azwady Abdul Aziz. Projek yang dipertandingkan iaitu Vermikompos Sisa Sayuran di Pasar Besar Melaka melalui kerjasama UPM dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

9.        

QUACQUARELLI SYMONDS (QS) WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2017/2018

UPM menduduki ranking ke-229 universiti terbaik dunia dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2017/2018 dan sebagai universiti kedua terbaik negara. QS World University Rankings 2017/2018 membuat penilaian berdasarkan enam indikator iaitu Academic Reputation (40%), Employer Reputation (10%), Student to Faculty Ratio (20%), Citations per Faculty (20%), International Faculty (5%) dan International Students (5%).

10.     

UPM WINS AIRBUS

 COMPETITION

Kumpulan R.E.D terdiri daripada Gabungan pelajar pasca-siswazah UPM iatu Chen Jia Tian (BRENNA), PhD student in Bioresource Management, Institut Perhutanan Tropika Dan Produk Hutan (INTROP) dan pelajar Universiti Malaya meraih tempat pertama dengan mengetengahkan inovasi aplikasi responder pertama bagi kecemasan dan bencana dalam pertandingan AIRBUS START-UP EVENT 2017. Mereka berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah $5,000 dan berpeluang merasai sendiri pengalaman di dalam pesawat simulator A380.  Pertandingan anjuran ‘Airbus start-up event’ dengan kerjasama SGInnovate bertujuan untuk mengenalpasti penyelesaian yang membabitkan sambungan dan teknologi bertujuan untuk menambah-baikkan urusan harian terutamanya dalam industri pengangkutan, pembangunan dan keselamatan.

11.     

KEJOHANAN TENPIN BOLING ANTARABANGSA TERBUKA MACCAU

Radin Nur Najwa Arifah Radin Dzulfakar, pelajar tahun dua dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM merupakan Atlit Tenpin Boling Kebangsaan dan Atlit Tenpin Boling Wanita UPM  menjadi Johan dalam acara Master Kategori Wanita dalam Kejohanan Tenpin Boling Antarabangsa Terbuka Maccau.

12.     

ANUGERAH

OUTSTANDING

TECHNICAL PAPER

TAHUN 2016

Professor Ir Dr Mohd Sapuan Salit, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, UPM menerima “Outstanding Technical Paper Award 2016” untuk penulisan teknikal terbaik daripada Society of Automotive Engineers International Malaysia (SAE International Malaysia) dan membawa pulang sijil dan wang tunai RM1,000.

13.     

RANKING QS TOP 50 UNDER 50 

UPM tersenarai pada tangga ke-15 terbaik dunia dan pertama negara dalam ranking ‘QS Top 50 under 50’ pada tahun ini anjuran Quacquarelli Symonds (QS).  Penilaian ‘QS Top 50 under 50’ itu menggunakan enam indikator yang sama seperti penilaian ‘QS World UniversityRanking’ iaitu Academic Reputation (40%), Employer Reputation (10%), Student to Faculty Ratio (20%), Citations per Faculty (20%), International Faculty (5%) dan International Students (5%).

14.     

FINA WORLD AQUATICS CHAMPIONSHIPS BUDAPEST KE-17

Cheong Jung Hoong, pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM yang berpasangan dengan Pandalela Rinong memenangi pingat gangsa di dalam FINA World Aquatics Championships Budapest ke-17 bagi acara 10m Platform Seirama.

15.

99-SECOND PITCH WINNER-SCB FUTURE LEADER CHALLENGE

Kumpulan The Challengers yang dianggotai oleh empat pelajar Sarjana Perniagaan, Putra Business School, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM iaitu Cheah Fuh Yuen, Loh Wai Mun, Kogillavanan Munusamy dan Hoo Yien Ting memenangi pertandingan SCB Future Leader Challenge dengan membawa pulang hadiah berupa sijil dan wang tunai berjumlah 2,500 Thai Baht. Pertandingan dianjurkan oleh Siam Commercial Bank dengan kerjasama Sasin Graduate Institute of Business Administration of Chulalongkorn University, Thailand. Pertandingan itu bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dan pensyarah tentang isu semasa dalam perniagaan di peringkat global dan domestik.

 

ANUGERAH DALAM NEGARA

 

16.     

ANUGERAH UNIVERSITI AWAM PALING BERKEUSAHAWANAN, 2016

UPM merangkul Anugerah Universiti Awam (UA) Paling Berkeusahawanan, pada majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (MEA) 2016. UPM menerima anugerah yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh iaitu geran pembangunan keusahawanan bernilai RM200, 000, trofi, plak dan sijil. Anugerah itu bertujuan menghargai inisiatif dan usaha Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang cemerlang dalam pendidikan dan pembangunan keusahawanan.

17.     

LANDSKAP VERITAS FUND OF EXELLENCE (VFE)

 

Pelajar tahun akhir Bachelor Senibina Landskap, FRSB, UPM iaitu Muhamad Anuar Anas Zainal, Muhamad Akni Akim Saharudin dan Nazirul Syahmi Romlan muncul naib johan Pertandingan Rekabentuk Landskap Tasik Sri Aman, Puchong dengan membawa pulang hadiah bernilai RM2,000 dan sijil penyertaan. Pertandingan itu bertujuan menaiktaraf dan mengindahkan lagi Taman Tasik tersebut.

18.     

ANUGERAH KHAS 'BEST ARCHITECTURAL DESIGN'

 

Lima pelajar tahun akhir Bacelor Kejuruteraan (Awam), Fakulti Kejuruteraan UPM terdiri daripada Mohammad Fikrie, Muhammad Najmi, Mohammad Muzakkir, Nur Rabiatul          Adawiyah dan Nurul ‘Ain memenangi anugerah khas 'Best Architectural Design' pada pertandingan ‘Structural Earthquake Stability 3.0’ di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).  Masing-masing menerima wang tunai RM400, sijil penyertaan dan sijil penghargaan.  

19.     

DIAMOND PROFESSIONAL AWARD 

Pasukan UPM dianggotai oleh Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam, Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK; Prof. Madya Dr Che Ibrahim, Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK; Thiviyah Manicam Bacelor Komunikasi, FBMK; Sivaneswary Sivaratanam, MA (Bahasa Melayu), FBMK dinobatkan sebagai penerima anugerah khas iaitu Diamond Profesional Award - Overall “Best of The Best” pada International Invention Innovation & Design Ekspo’ (IIID) Johor 2017 di Amansari Residence Resort, Johor. Masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM500, dan sijil penyertaan. 

20.     

ANUGERAH PINGAT TUANKU ABDUL RAHMAN SESSI 2016

Muhammad Khairul Adib bin Muhammad Yusof, graduan Bacelor Sains (Kepujian) Fizik menerima Anugerah Pingat Tuanku Abdul Rahman bagi sesi 2016 dengan membawa pulang pingat gangsa padu seberat 32 gram dan wang tunai RM1000.  Anugerah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Abdul Rahman pada Majlis Penyampaian Anugerah Pingat Tunku 2016. Anugerah itu bertujuan untuk memartabatkan kecemerlangan pendidikan tinggi negara dengan mengiktirafkan graduan cemerlang IPTA Kepujian Kelas Pertama, yang juga cemerlang dalam ko-kurikulum dan kepemimpinan.

21.     

GERAN MIGHT  RM2,308,000

Felo Penyelidik UPM, Dr. Mohammad Jawaid dan ahli kumpulannya iaitu Prof. Madya Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan (AMRC), Dr. Ainun Zuriyati Mohamed @ Asa'ari (INTROP), dan Dr. Harmaen Ahmad Saffian (INTROP) telah dipilih menerima Dana Newton-Ungku Omar (NUOF) berjumlah RM2,308,000 bagi projek “Safe biodegradable Packaging” (SafeBioPack). Antara kriteria penerima dana itu ialah pembentangan penyelidikan dibuat bersama  dengan institusi pendidikan di United Kingdom mestilah memberi manfaat kepada masyarakat.

22.     

ANUGERAH KESELAMATAN JALAN RAYA FEDEX ROAD SAFETY 2017

Safe Kids Malaysia, UPM menerima Anugerah Keselamatan Jalan Raya FedEx ‘FedEx Road Safety Award 2017’ oleh Global Alliance of NGO's on Road Safety dengan membawa pulang hadiah berjumlah USD 5,000 yang disampaikan sempena mesyuarat kelima Global Alliance of NGO's on Road Safety yang menyokong keselamatan jalan raya dan mangsa kemalangan jalan raya.

23.     

GOLDEN GLOBE TIGERS AWARD 2017

Profesor Dr. Ahmad Zaharin Aris dari Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM meraih anugerah kategori The Best Professor in Environmental Studies pada majlis The Golden Globe Tigers Award 2017 (Education Leadership yang telah diadakan di Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences, Kuala Lumpur, Malaysia. Pengiktirafan tersebut adalah sebagai mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang serta memberi impak yang signifikan kepada masyarakat dan negara. 

24.     

ANUGERAH REKA BENTUK BUKU TERBAIK MAPIM-KPT 2016

Dua pegawai Penerbit UPM iaitu En. Muhammad Arif Sambudin, Pereka dan En. Muhammad Ezham Hussin, jurufoto memenangi Anugerah Reka Bentuk Buku Terbaik bagi buku Malay Culinary pada Anugerah MAPIM-KPT 2016 bertempat di Duyong Convention Centre, Pulau Duyong, Terengganu. Kedua-dua pemenang menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5, 000, plak dan sijil yang disampaikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi. Anugerah itu bertujuan untuk mengiktiraf hasil karya ilmiah, penulis, editor dan pereka dalam kalangan ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

25.     

ANUGERAH BUKU NEGARA 2017

 

Penerbit, UPM memenangi dua Anugerah Buku Negara bagi kategori Anugerah Industri Buku 2017 bertajuk Discovering 100 Birds of UPM, yang ditulis oleh Muhammad Syafiq Yahya, Chong Leong Puan, Zulkifli Ishak, Salleh Seikh Ibrahim, Sharifah Nur Atikah dan Mohamed Zakaria Hussin (Fakulti Perhutanan) dan sebuah lagi buku berjudul Melaka Sketching Through Experience yang ditulis oleh Mohd Fairuz Shahidan, Faziawati Abdul Aziz dan Mohd Fabian Hasna (Fakulti Rekabentuk dan Senibina) manakala Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit @ Sinon memenangi kategori Buku Terbitan Luar Negara Terbaik berjudul Composite Materials: Concurrent Engineering Approach, Penerbit Butterwoth-Heinemann (Imprint of Elsevier),pada Majlis Anugerah Buku Negara 2017.

26.

PERTANDINGAN FOTOGRAFI PERINGKAT IPT MAKUM 2017

Pelajar tahun akhir Jurusan Bacelor Pertanian (Aquaculture), Saudara Muhamad Syafiq Zulkifle dari Kolej 14 memenangi tempat Ketiga dalam Pertandingan Fotografi Peringkat Institut Pengajian Tinggi, Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM 2017) yang telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah UMS. Pertandingan bertemakan Street Photo itu dijalankan sekitar Kota Kinabalu sehingga Beaufort. Pertandingan itu bertujuan untuk memperkenalkan asas-asas dan teknik fotografi, selain sebagai tujuan mempromosikan budaya setempat kepada para peserta.

27.

ANUGERAH KHAS CREANOVA LEAN 2017

Pejabat Pendaftar, UPM menerima Anugerah Khas Creanova Lean 2017 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Hotel Grand Blue Wave. Pemenang menerima wang tunai berjumlah RM1,000.00, trofi dan sijil yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd. Razali bin Hussin, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).  Creanova Lean merupakan acara tahunan anjuran (MPC) sebagai platform bagi berkongsi pengalaman dan hasil daripada pelaksanaan projek-projek LEAN sekaligus mengiktiraf projek-projek LEAN yang telah berjaya dilaksanakan di agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta di seluruh Malaysia.

28.

ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA (AHIN) 2017

 

UPM berjaya merangkul emas bagi dua Kategori iaitu kategori Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) dengan membawa pulang hadiah kemenangan RM30, 000.00, piala pusingan, piala iringan serta sijil penghargaan dan kategori Paten untuk inovasi An Additive for Edible Oil Composition dengan memenangi wang tunai RM10, 000.00, piala dan sijil penyertaan di Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2017 yang berlangsung di Hotel Pullman Bangsar, Kuala Lumpur.  AHIN dianjurkan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pereka cipta atau pencipta atas sumbangan harta intelek mereka dalam pembangunan sosioekonomi negara. 

29.

JOHAN MENEMBAK JATUH PIRING PERTANDINGAN UKMTD UNIVERSITI AWAM

PALAPES UPM yang diwakili oleh Amirul Shafiq Bin Abdul Aziz, (Bac. Muzik, Fakulti  Ekologi  Manusia), Muhammad Bin Zainol (Bac. Sains Pertanian Fakulti Pertanian), Noor Farah Aida Binti Zainal Abidin (Bac. Sains Major Kimia Petroleum, Fakulti Sains) dan Tan Shu Qing (Bac. Sains Pertanian, Fakulti pertanian) memenangi tempat pertama dan membawa pulang hadiah piala pusingan dalam acara Jatuh Piring Pegawai Kadet antara PALAPES universiti awam, pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD). Pertandingan ini dilaksanakan sempena  Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES yang akan diadakan pada 12 Ogos 2017.

30.

SOFTWARE TESTING DESIGN COMPETITION 2017 

Kumpulan Putra-Tester yang dianggotai oleh Mu’az Toshihiko Bin Mansor, Syazani Bin Hussin, Wan Norizzati Binti Wan Hasan dan Nur Farahshazwani Binti Nor Azmi dari Fakuli Sains Komputer Dan Teknoligi Maklumat (FSKTM), UPM diumumkan sebagai pemenang ‘Test Design CompetItion’ (TDC) bagi kategori universiti pada Asia’s premier event on software testing (SOFTEC) Asia 2017 yang telah diadakan pada 1 Ogos 2017 di Pusat Konvensy Kuala Lumpur. Pertandingan ini bertujuan memberi pendekatan berdasarkan teknik dan inovatif atau perisian berasaskan kejuruteraan dan teknik dalam ujian perisian. Putra-Tester menewaskan 20 kumpulan dari universiti seluruh Malaysia yang meyertai pertandingan itu.

31.

UPM JUARA KESELURUHAN MASUM 2017

UPM dinobatkan juara keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2017 dengan pencapaian cemerlang melalui pungutan 55 pingat emas, 27 perak dan 26 gangsa.  Kejohanan Karnival Sukan MASUM 2017 dianjurkan oleh pihak MASUM yang berlangsung di UKM, Bangi.