| Universiti Putra Malaysia

IBS UPM bantu kerajaan Ivory Coast tingkatkan pembiakan spesis Tilapia dengan program vaksin

 

IBS UPM bantu kerajaan Ivory Coast tingkatkan pembiakan spesis Tilapia dengan program vaksin.

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 

SERDANG, 19 Januari: Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan kerajaan Ivory Coast melalui program CEO@IBS untuk program vaksin berasaskan makanan untuk pencegahan penyakit ikan berserta program pembiakkan bagi meningkatkan hasil akuakultur spesis tilapia di negara tersebut.

Dengan kerjasama ini sumber ekonomi negara tersebut yang mengfokuskan kepada pembiakkan spesis ikan Tilapia ini akan meningkatkan ekonomi negara tersebut dengan menghasilkan ikan yang berkualiti dengan kerjasama antara IBS UPM dan kerajaan Ivory Coast.

Penasihat Kanan Perdana Menteri Ivory Coast, Encik Modibo Samake berharap dengan kerjasama antara UPM dan Ivory Coast dapat mengurangkan impot ikan dari luar sebanyak 90% dan kualiti ikan Tilapia yang diternak berkualiti.

"Dengan kepakaran yang dikongsikan oleh UPM ini diharapkan pembiakan ikan Tilapia di Tasik Koubi Saez dapat diternak secara besar-besaran dengan program vaksin berasaskan makanan untuk pencegahan penyakit ikan berserta program pembiakkan," katanya.

Turut hadir pada kerjasama antara IBS UPM dan Ivory Coast, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin, Pengarah IBS, Prof. Dr. Daud Ahmad Israf Ali, dan CEO Aquagrow International Sdn Bhd, En. Mohamed Razali Mohamed. - UPM

WXEeKAP~