| Universiti Putra Malaysia

Ramai kurang tahu, lembu alami bengkak susu seperti wanita

Ringkasan Artikel

Bengkak susu pada ambing lembu adalah penyakit sinonim yang kerap kali terjadi kepada ternakan lembu tenusu kerana jangkitan bakteria yang dipanggil “mastitis”. Mastitis adalah keradangan kelenjar susu yang paling tidak diingini oleh penternak lembu kerana ianya penyakit serius yang mesti diubati dengan betul dan tepat pada masanya kerana akan merugikan penternak jika berlarutan.

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

Bengkak susu pada ambing lembu adalah penyakit sinonim yang kerap kali terjadi kepada ternakan lembu tenusu kerana jangkitan bakteria yang dipanggil “mastitis”. Mastitis adalah keradangan kelenjar susu yang paling tidak diingini oleh penternak lembu kerana ianya penyakit serius yang mesti diubati dengan betul dan tepat pada masanya kerana akan merugikan penternak jika berlarutan.

Jika bengkak susu tidak dirawat ianya akan menyebabkan jumlah susu yang diperah amat sedikit kerana penyakit bengkak susu. Sama seperti wanita yang menyusukan bayi apabila mengalami masalah bengkak susu sehingga menyebabkan kesihatan mereka terjejas akibat bengkak susu yang keterlaluan.

Akibat bengkak susu, ia akan menyebabkan jangkitan yang akan menyebabkan kesakitan pada ambing. Mastitis boleh mengakibatkan keradangan, bengkak ambing, mengeluarkan darah atau nanah serta boleh menyebabkan lembu demam akibat bengkak susu.

Kebiasaannya terdapat dua jenis keradangan kelenjar susu iaitu Mastitis jenis klinikal dan mastitis jenis subklinikal. Klinikal boleh dilihat dengan mata kasar iaitu kandungan susu boleh mengandungi darah dan nanah atau susu menjadi berketul. Manakala subklinikal tidak dapat dilihat menggunakan pancaindera mata. Bagi subklinikal ianya perlu dilakukan ujian lapangan atau dihantar ke makmal bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan susu tersebut rosak.

Menurut Pegawai Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Ts. Dr. Muhammad Azrolharith Rashid berkata, antara rawatan yang dilakukan bagi merawat bengkak susu iaitu dengan memulakan rawatan klinikal iaitu “intramammary infusion” iaitu dengan memasukkan ubat ke dalam puting lembu.

“Susu yang rosak perlu diperah bagi membantu proses penyembuhan. Bengkak susu sangat sakit, di mana ubat tersebut akan dimasukkan ke dalam ambing selama tiga hingga lima hari bergantung kepada keterukan.

“Susu ini perlu diasingkan dan tidak boleh digunakan sepanjang pengambilan ubat. Apabila lembu tenusu menghidap penyakit, ia akan menyebabkan kerugian kepada penternak kerana susu tidak boleh dijual dan penternak juga terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk membeli ubat bagi merawat lembu betina yang sakit ini,” katanya.

Pegawai Pertanian, Aznida Che Alli berkata, disebabkan mastitis para penternak akan rugi teruk akibat bengkak susu kerana susu tersebut tidak lagi boleh digunakan.

“Ini akan menyebabkan kerugian yang besar kepada penternak lembu kerana susu lembu masih perlu diperah tetapi tidak boleh digunakan mahupun dijual. Ianya adalah satu cabaran kepada penternak lembu tenusu yang menghidap penyakit Mastitis.

“Selain dari itu, teknik pemerahan susu juga memainkan peranan kepada faktor bengkak susu hingga menyebabkan lembing susu bengkak akibat pemerahan yang terlalu kasar dan mesin pemerah yang tidak diselenggara dengan baik.,” katanya.

Katanya, sebelum melakukan pemerahan susu, ambing susu perlu dibersihkan sebelum proses pemerahan dan disanitasi terlebih dahulu menggunakan “iosan teat dip” untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada ambing susu.- UPM

SXDdAAx~