ENTITI KAMI | Universiti Putra Malaysia
» ENTITI KAMI » Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)

TUGAS UTAMA
 
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah ditubuhkan pada tahun 2007 bertujuan untuk mempergiatkan peranan UPM sebagai Universiti Penyelidikan.
 
 
MISI
 
Misi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) adalah untuk membantu Universiti menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan unggul yang memberi sumbangan kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu melalui hubungan dengan pihak Industri dan Masyarakat.

Peranan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) adalah untuk mempertingkatkan dan menyelaras jalinan UPM dengan Industri dan Masyarakat dalam usaha memperkukuhkan fungsi Pengajaran dan Pembelajaran, Penyelidikan dan Pengembangan Universiti yang menjadi teras kepada moto ‘Berilmu Berbakti’ dan selari dengan keperluan semasa negara. 
 
 
TANGGUNGJAWAB
 
Tanggungjawab utama Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) termasuklah:
  • Melaksanakan jalinan kerjasama strategik dengan pihak Industri dan Komuniti.
  • Memastikan aktiviti pemindahan ilmu dan teknologi menerusi Jaringan Industri dan Masyarakat oleh pakar UPM dijalankan ke luar Universiti.
  • Memantau aktiviti pengembangan Universiti agar selari dengan perancangan strategik dan hala tuju Universiti dan keperluan semasa negara
  • Memantau kemajuan dan pencapaian projek Jaringan dan Industri dan Masyarakat agar menghasilkan impak dan memberi kesan positif.
  • Memastikan aktiviti Jaringan Industri dan Masyarakat menjana pendapatan untuk Universiti menerusi sumber geran dan kerjasama Industri dan Komuniti.
  • Memantapkan komunikasi dan sebarang maklumat dalaman dan luaran Universiti bagi   pelaksanaan Jaringan Industri dan Masyarakat.
Aktiviti komprehensif yang dianjurkan Universiti bagi memenuhi tanggungjawab tersebut di atas adalah dirancang dan dilaksanakan oleh Pusat Komuniti Transformasi Universiti (UCTC) dan Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), dua entiti yang merupakan komponen utama kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat).

Dalam menjalinkan hubungan dengan industri dan komuniti di seluruh pelusuk negara, beberapa langkah telah diambil untuk mendekati masyarakat antarabangsa ke arah mewujudkan penglibatan universiti-industri-komuniti secara global.

Banyak usaha telah dilaksanakan ke arah ini dan kami yakin ia akan membuahkan hasil positif untuk memperkukuhkan jalinan hubungan dengan industri dan komuniti di peringkat global agar Universiti Putra Malaysia dapat memainkan peranan dan memberi sumbangan bermakna ke arah keamanan dunia, keharmonian dan kesejahteraan manusia.
 
Kakitangan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) terdiri daripada:
 
Prof. Dato' Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) 
Tel: 03-8947 1005
Emel: tncinm@upm.my

Siti Rozana Supian
Timbalan Pendaftar Kanan/Ketua Pentadbiran
Tel: 03-8947 1198
Emel: rozana@upm.edu.my

Mohammad Nazry Hisham
Pegawai Khas Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)
Tel: 03-8947 1192
Emel: nazryhisham@upm.edu.my 

Kamaazira bt. Md Basiri @ Md Baseri
Setiausaha Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)
Tel: 03-8947 1188 
Emel: kamaazira@upm.edu.my

Kemaskini:: 05/06/2018 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1568919367