| Universiti Putra Malaysia
senarai pengumuman terkini

SPEL: http://spel2.upm.edu.my

We are pleased to announce that Professor Stephen A. Woods (https://www.surrey.ac.uk/sbs/people/stephen_woods/) from Surrey University will be in UPM to deliver a Public Lecture entitled “Developing The Leaders of Tomorrow: The Central Role of Personality In Career Attainment and Success”.

Dimaklumkan Notis Gangguan Perkhidmatan Telefon seperti berikut:-

NOTIS GANGGUAN PERKHIDMATAN TELEFON ANALOG DI KAMPUS UPM

Tarikh :

21 Mei 2018 (Isnin)

Masa :

08.00 pagi - sehingga selesai.

Kawasan terlibat :

Seluruh Pengguna Talian Analog UPM

Impak :

Pengguna telefon analog sedang mengalami gangguan untuk membuat panggilan keluar UPM, ke nombor telefon bimbit dan ke talian VoIP UPM. 

Punca Gangguan :

Kerosakan Sistem PABX Ericsson MD110 di Main PABX Fakulti Ekologi Manusia

Status Terkini :

Dalam tindakan oleh Seksyen Telekomunikasi IDEC dan pihak vendor luar.

 

Jika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi iDEC Helpdesk di talian 03-8947 1990 atau Seksyen Telekomunikasi 1911/1917 atau emel kepada idec_helpdesk@upm.edu.my

Dimaklumkan bahawa sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) pada masa kini, UPM telah menggunakan kad-maya sebagai identiti pengenalan pelajar kepada pelajar baharu sesi 2018/2019 untuk menggantikan penggunaan kad pelajar sedia ada.

Sehubungan itu, setiap pelajar tahun pertama sesi 2018/2019 akan menggunakan Aplikasi Smartphone 
(bagi pengguna Android dan IOS) dan WEB Desktop yang dikenali sebagai PUTRA® Virtual ID (PUTRA®VID) untuk menguruskan pengenalan diri semasa berinteraksi dengan semua kemudahan kampus seperti capaian aplikasi ICT, penggunaan kemudahan infrastruktur, kehadiran, pengesahan warga universiti dan sebagainya.

Inisiatif ini akan melengkapkan kampus  kepada pembangunan aplikasi berteras Internet of Thing (
IoT) yang akan menjadi teras kepada pembangunan Smart Campus.

Dimaklumkan bahawa Kajian Kepuasan Pelanggan UPM secara dalam talian telah boleh digunakan bermula 26 Mac 2018. Sistem ini boleh diakses terus melalui pautan di sini menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar.

1.    Prasiswazah

2.    Siswazah 

3.    Penyelidikan dan Inovasi

4.    Perkhidmatan Sokongan

Sila rujuk Garis Panduan Sementara Kajian Kepuasan Pelanggan UPM.

PAUPM telah menerbitkan buku Prosiding: National Coconut Workshop 2016 "The Sunrise Industry" cetakan edisi pertama pada Julai 2018.

Ciri-ciri buku prosiding ini ialah:


Semua slide pembentangan terdiri daripada tajuk pembentangan seperti:

1)    Global Scenario of Coconut Sector (APCC)

2)    Overview of the Coconut Industry in Malaysia (MOA)

3)    An Economic Analysis of the Malaysian Coconut Industry (UPM)

4)    Outlook on the Production of Coconut by the Plantation Sector in Malaysia (MAAH)

5)    Current Issues of Coconut Industry in Malaysia (DOA)

6)    Downstream Products of Coconut (Linaco)

7)    Upstream and Downstream R&D Programmes of Coconut in MARDI (MARDI)

8)    The Health Benefits of Coconut (Dr. Azman Ismail)

  • Sesuai dijadikan sumber bacaan dan rujukan kepada pengguna terutama penyelidik, pensyarah, pelajar mahupun penggiat-penggiat Industri Kelapa. 
  • mempunyai 130 halaman bercetak (berwarna) 80 gsm artpaper
  • Buku prosiding yang julung-julung dikeluarkan daripada Bengkel: National Coconut Workshop 2016.

Butiran maklumat harga adalah seperti berikut:

 i)RM 80.00 / naskah (tidak termasuk penghantaran Poslaju ke Semenanjung Malaysia: RM 10, & Sabah Sarawak: RM 16)
ii)RM 60.00 / naskah (Diskaun istimewa kepada Alumni UPM)
iii)RM 50.00 / naskah (Harga istimewa kepada peserta bengkel NCW 2016)
iv)RM 150.00 / 2 naskah (Harga COMBO: Prosiding NCW 2016 & Prosiding Bengkel Harumanis 2017)

Mereka yang berminat untuk mendapatkan Buku Prosiding ini boleh datang (walk-in) ke pejabat PAUPM atau menghubungi sekretariat di talian 03-8946 7244/ 7242 emel: alumniupm@gmail.com. Pertanyaan segera : Whatsapp 017-3049886

Dimaklumkan bahawa Sistem Maklum Balas U-Respons sedang mengalami masalah teknikal. Sehubungan itu, sekiranya terdapat sebarang maklum balas, sila emel kan kepada marketing@upm.edu.my.

 

Sekian, terima kasih.

Warga UPM yang dihormati,
Dimaklumkan Notis Gangguan Perkhidmatan Telefon seperti berikut:-
 
NOTIS GANGGUAN PERKHIDMATAN TELEFON VOIP CISCO KAMPUS SERDANG UPM
 
Tarikh  : 13 November 2018 (Selasa)
 
Masa  : 08.00 pagi - sehingga selesai.
 
Kawasan terlibat : Pengguna Talian VOIP Cisco UPM
 
Impak : Pengguna telefon VOIP (IP Phone) tidak dapat membuat/menerima panggilan keluar/masuk UPM, ke nombor telefon bimbit. Hanya panggilan dalaman (extension) UPM sahaja yang berfungsi.
 
Punca Gangguan : Gangguan peralatan dan kerosakan sambungan fiber optik ke UPM milik Telekom Malaysia di Taman Serdang Jaya akibat dipotong.
 
Status Terkini : Dalam tindakan oleh Seksyen Telekomunikasi IDEC dan TM Serdang.
 
Jika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi iDEC Helpdesk di talian 03-8947 1990 atau Seksyen Telekomunikasi 1911/1917 atau emel kepada idec_helpdesk@upm.edu.my

Jelajah Pendidikan Selangor 2019 akan menganjurkan Program Peluang Kedua bagi membantu pelajar lepasan SPM & STPM 2018 yang tercicir melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT/Kemahiran. Program tersebut akan diadakan di Panggung Percubaan  UPM pada 18 Mei 2019 jam 9.00 pagi. Maklumat program boleh didapati melalui http://www.jelajahpendidikanselangor.com/

Dimaklumkan bahawa nombor telefon Universiti Putra Malaysia (UPM) kini telah ditukarkan kepada nombor baharu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web entiti kami (Fakulti/ Pusat/ Institut/ Pejabat/ Bahagian/ Kolej/ Perkhidmatan) melalui laman web rasmi UPM www.upm.edu.my. Sekiranya terdapat masalah atau pertanyaan boleh hubungi +603-9769 1000.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan.

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1568850744