Riadah & Rekreasi

 

 

Para pelajar UPM akan berasa bertuah apabila memiliki persekitaran kampus yang nyaman dan menyegarkan di sebalik kehijauan pokok-pokok yang merimbun. Panorama sedemikian boleh menenangkan fikiran setelah penat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Seluruh warga kampus boleh menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi dengan penuh semangat tanpa gangguan dan pencemaran. Pihak universiti telah menyediakan kemudahan yang serba moden untuk manfaat para pelajarnya. Pembinaan trek jogging dan kemudahan riadah lain sepanjang 7km melalui dusun buah-buahan dan merentasi pemandangan tasik menarik minat pelajar untuk memulakan gaya hidup sihat.

UPM juga kaya dengan lokasi rekreasi yang pastinya dapat mengurangkan tekanan dalam mengejar kecemerlangan akademik seperti Bukit Ekspo yang menawarkan kemudahan rekreasi dan riadah untuk para pelajar menjalankan aktiviti termasuk memancing, bersampan, sukaneka, tapak perkhemahan, tapak ekspo dan karnival serta flying fox. Seterusnya, aktiviti menunggang kuda dengan trek yang selesa dan mencabar adalah sesuatu yang menarik terdapat di UPM.

Sila klik pada lokasi rekreasi pilihan anda untuk mengetahui maklumat selanjutnya;

             » Bukit Ekspo

             » Hutan Simpan Ayer Hitam

             » Padang Golf

             » Driving Range

             » Paintball