Sistem Rangkaian Telekomunikasi

Sistem Rangkaian Telekomunikasi UPM yang dikenali sebagai PutraComm menguna pakai teknologi Voice Over Internet Protocol (VoIP) sepenuhnya dengan sokongan infrastruktur UPMNet sedia ada.

Sistem  VoIP menggabungkan dan memudahkan penggunaan perkakasan teknologi komunikasi terkini iaitu real-time communication seperti telephony, video conferencing, instant messaging dengan aplikasi komunikasi non-real-time seperti e-mail, voice-mail, SMS, Fax-to-Email dan mampu melaksanakan pelbagai aplikasi dalam talian (online) telefon VoIP (e.g: melalui teknologi Extensible Markup Language (XML)).

Sistem telefon VoIP menggunasama dan memaksimakan penggunaan Infrastruktur Rangkaian UPMNet (kabel optik, wifi dan network-switch) yang sedia ada di seluruh kampus UPM.

Selain itu, sistem aplikasi PutraComm yang berasaskan Android dan Apple (iOS) turut diperkenalkan yang memberikan kemudahan kepada pengguna telefon pintar.  Aplikasi ini memberikan impak yang besar kerana kelebihan mobiliti dan mudah digunakan serta menjimatkan kos.


Maklumat lanjut sila hubungi:
Seksyen Unified Communication
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi