Makmal & Bilik Latihan | Universiti Putra Malaysia
» PERKHIDMATAN » ICT » Makmal & Bilik Latihan

Makmal & Bilik Latihan

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) merupakan pelaksana latihan ICT yang dilantik oleh Pejabat Pendaftar UPM.

iDEC berperanan mengendali latihan ICT dan menyediakan kemudahan asas iaitu makmal latihan berkomputer bagi memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran di UPM.

Terdapat tiga (3) makmal latihan iaitu Makmal Exa dan Makmal Zetta yang terletak di iDEC Alpha manakal Makmal Mega terletak di iDEC Gamma.  Makmal Exa dan Zetta mempunyai 32 unit komputer masing-masing dan Makmal Mega mempunyai 16 unit komputer. Semua makmal latihan ini dilengkapi dengan komputer riba untuk pengajar, projektor LCD, pencetak, skrin, sistem PA dan kemudahan capaian internet manakala perisian asas yang disediakan adalah Microsoft Office, SPSS. SAS dan beberapa perisian multimedia.

Makmal latihan di atas tidak dikenakan bayaran jika ianya digunakan bagi tujuan latihan rasmi Universiti yang melibatkan staf UPM.

Untuk tempahan makmal latihan :

  1. Staf UPM: Sila layari Sistem Perkhidmatan ICT UPM (klik pada Borang Permohonan dan pilih Perkhidmatan Lain). 
  2. Agensi Luar : Sila hubungi Puan Sharifah Harazmariana Syed Hardan di talian 03-8947 1227.

 

Kemaskini:: 20/06/2017 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566537816